Posts

Showing posts from September, 2013

Buat Engkau yang Tersayang

Image
Wahai saudariku,

Aku tahu kau akan menjerit  sambil menarik-narik rambut serta mencari bawang untuk dipotong sebaik saja kau selesai membaca post ini..

Aku saja nak pancing mata hati engkau supaya kau tahu,
"diriku disini menanti dirimu... " ~ Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu Okey.

Aku saja je nak buat entry ini KHAS dan dalam bentuk edisi istimewa (Baca : Special Edition). Aku kenal dia ni sejak dari Tingkatan 1 lagi. Dan (ini dah menyalahi hukum tatabahasa) rupa-rupanya, dia adek bongsu kepada guru Bahasa Melayu aku ketika Tahun 2 masa zaman aku budak sekolah rendah suatu ketika dahulu! Haiyoyo..

Seingat aku, abang dia a.k.a bekas guru aku dikenali sebagai seorang yang teramatlah tegas dan garang yang superb. Jika dibanding dengan adeknya pula, sangatlah comel dan ayu serta seorang yang sangat rasional bagi aku.

Biarpun dia terkenal sebagai seorang yang sangat slow sehinggakan apa saja yang dia lakukan semuanya lebih lambat dari kura-kura, tapi aku cukup tabik kepada dia ker…

Sungguh sayang

Aku telah meninggalkan mesej di FB Hilal Asyraf (Official) tadi. Bertanya mengenai buku tulisan terbarunya iaitu "Mengenang Murabbiku : Ustaz Dahlan". Beberapa hari yang lepas aku ternampak satu post dari Hilal tentang buku ini. Tak dinafikan orang ini berbakat besar dalam bidang penulisan malahan telah menghasilkan begitu banyak karya. Kebanyakan buku yang ditulis beliau adalah berbentuk dakwah. Hanya sebelum aku belum terbuka hati nak beli mana-mana bukunya.Namun, setelah aku terbaca post di FB, serta merta aku rasa hendak tahu mengenai insan yang begitu dirindui dan dikagumi oleh beliau itu.Hilal Asyraf telah membalas mesej aku tu dan memberi satu jawapan yang sungguh menghampakan aku! Aku telah mengajukan pertanyaan kepadanya."Encik Hilal, buku mengenang murabbiku ada dijual di kedai buku Popular?"
Jawapan beliau "tidak ada. Buku itu hanya boleh didapatkan dari saya"Berlari sambil menjerit dan menarik-narik rambut.
Mak, mintak pisau ngan bawang. Nak t…

Adakah maaf itu sudah diterima?

Image
Minta ampun pada Allah, senang saja. In sha Allah, Dia akan memaafkan. Tapi, bagaimana pula jika keampunan yang dipohon dari manusia? Tak semua mampu memaafkan kesalahan walaupun salah itu hanya sebesar hama. Semua orang melalui perkara ini dalam hidup. Aku juga pernah melakukan kesilapan. Kerana itu aku terpaksa menukar link blog ini berulang kali. Sejujurnya, aku rasa kagum pada seorang ini kerana dia tetap sabar mencari blog aku walaupun link blog ini telah ditukar berulang kali.

Dalam bidang penulisan ini, ada banyak cabarannya. Selain mahu memberi yang terbaik buat para pembaca, seseorang penulis juga menghadapi kesulitan untuk menyedapkan hati semua orang. Betul, lain orang memang lain pendapat. Aku mengalami perkara ini. Kerana blog ini, ikatan persahabatan aku dengan rakan yang lain hampir rapuh. Biarpun masalah itu telah selesai, namun aku tetap rasa tak selesa kerana terdapat seorang lagi yang langsung tak mahu berinteraksi dengan aku. Rakan aku sepatutnya ada 22 orang namun…

Kosong

Kosong? "Zainab, mung pi ambik gitar, ambo nak main gitar ni. Nak jadi supo Najwa Latep..."

Takdelah. Mak gurau je. Saja nak cari pasal. Ingat senang ke nak cari tajuk entri? Susah tau. Macam susah untuk bangun pagi, macam tu lah rasanya. Memandangkan hari ni aku nak jadi tak serius, so aku buat post yang buleh dikatakan lawaklah jugak. Bagi aku kot.

Disclaimer
"Sebarang kejadian muntah darah, hidung berdarah, buah pinggang tertanggal, sawan atau berlari lintang-pukang sambil menarik-narik rambut sehingga dilanggar kereta, itu semua adalah luar dari tanggungjawab penulis. Hanya surah Yasin dan doa saja yang mampu dikirimkan.  :)"

Start!

Beberapa bulan yang lepas, aku telah mengambil satu rantai kunci ( BACA : Key chain) yang dihadiahkan oleh seseorang kepada aku. Seorang yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku jugak. Tapi ironinya *amboi, berbunga nampak!*, kami tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Bagaimana itu?

Sebenarnya, orang ini aku jumpa melalui Fac…

Menghitung Hari

Sekarang ini sudah tiba masanya semua pelajar drilling kepala masing-masing. Saya ingat kata-kata ustazah saya, sekarang ini sudah masa untuk semua ilmu sudah elok di kepala. Guru Biologi saya pula memberitahu, tiada masa lagi untuk selak buku tebal-tebal. Yang ada sekarang ini hanyalah ilmu yang diserap melalui latihan-latihan tambahan yang banyak. Tiada lagi teknik buka buku untuk cari jawapan. Latihan dari guru jangan terlalu diharapkan kerana guru handle ramai pelajar. Jadi kena diri sendiri punya inisiatif untuk melatih diri.

Kami telah banyak diingatkan  untuk buat satu jadual belajar. Bukan saya tak mahu buat. Saya akui, jadual belajar ini amat membantu kebanyakan pelajar namun bagi saya, saya lebih senang begini. Saya tidak sama seperti yang lain, boleh duduk di dalam bilik berjam lamanya ataupun duduk menyendiri tanpa ada yang mengganggu. Sukar untuk saya fokus jika saya terlalu terikat dengan keadaan seperti itu kerana saya sudah terlalu biasa dengan persekitaran yang begini…

This Is TRIAL man!

Hekhem!
Betapa susahnya hendak fokus terhadap Puan Sejarah. Jadi, lebih baik saya duduk menaip sambil minum 7Atas (baca : 7UP) dan mengunyah kuih lapis Apollo perisa Pandan.
Sudah 3 hari percubaan SPM berlangsung dan saya maseh lagi dalam awangan yang tercipta di minda saya yang serba tak kena ini. Sangat~ 
Esok sudah tiba kertas puaka err maksud saya, kertas yang paling saya cintai dan kasihi, Sejarah 2. Muntah! Dan diikuti oleh kertas yang paling saya tak suka, Matematik 1. Nasib baek bukan Matematik Tambahan. Kalau tidak saya akan melarikan diri dan sembunyi bawah meja. 
Teringat saya beberapa jam yang lepas, saya dan parents sedang makan petang dan saling bertukar cerita antara satu sama lain sambil menikmati hidangan-hidangan yang cukup untuk membuat kami mengingati sewaktu zaman yakni ketika kami semua masih bergelar penjaja. Saya telah meminjam sebuah buku dari seorang rakan sebagai persediaan saya untuk menduduki subjek tersebut pada minggu depan. Saya meminta bapa saya untuk …