Adakah maaf itu sudah diterima?

Minta ampun pada Allah, senang saja. In sha Allah, Dia akan memaafkan. Tapi, bagaimana pula jika keampunan yang dipohon dari manusia? Tak semua mampu memaafkan kesalahan walaupun salah itu hanya sebesar hama. Semua orang melalui perkara ini dalam hidup. Aku juga pernah melakukan kesilapan. Kerana itu aku terpaksa menukar link blog ini berulang kali. Sejujurnya, aku rasa kagum pada seorang ini kerana dia tetap sabar mencari blog aku walaupun link blog ini telah ditukar berulang kali.

Dalam bidang penulisan ini, ada banyak cabarannya. Selain mahu memberi yang terbaik buat para pembaca, seseorang penulis juga menghadapi kesulitan untuk menyedapkan hati semua orang. Betul, lain orang memang lain pendapat. Aku mengalami perkara ini. Kerana blog ini, ikatan persahabatan aku dengan rakan yang lain hampir rapuh. Biarpun masalah itu telah selesai, namun aku tetap rasa tak selesa kerana terdapat seorang lagi yang langsung tak mahu berinteraksi dengan aku. Rakan aku sepatutnya ada 22 orang namun aku hanya terbatas kepada 21 orang saja.

Kesilapan aku suatu ketika dahulu ialah menulis begitu banyak entri mengenai rakan-rakan di dalam blog tanpa menyedari bahawa hampir kesemua mereka mengambil tahu apa yang aku kongsikan dalam blog. Aku ingatkan, hanya 3 orang itu sahaja. Memang ketika itu, aku tidak berfikir apa implikasinya apabila orang yang tersebut membaca apa yang aku tulis dalam blog. Namun aku juga tak berniat untuk mengaibkan orang. Apa yang aku lakukan itu hanyalah untuk melengkapkan blog aku sebagai satu jurnal harian.

Memang pada awal masalah tersebut, aku berasa agak marah bercampur hairan. Aku tertanya-tanya sehingga aku telah ter'post' satu entry sarcasm. Sudahlah hati tu luka berdarah, dituang lagi aspirin, makin pedih la hati mereka. Memang, kegeraman aku begitu terserlah. Sehingga satu pihak itu menghantar mesej di inbox FB sambil melontarkan perkataan b**** kepada aku. Masa baca mesej itu, jauh di sudut hati, aku hairan juga. Bagaimana orang sekarang ini begitu mudah melontarkan perkataan seperti itu tanpa ada rasa bersalah atau rasa ragu-ragu takut orang itu terasa. Tetapi aku harus tahu, dia menaip mesej tersebut dalam keadaan marah. Jadi aku halalkan sajalah.

Kini, hubungan aku dengan yang lain berjalan lancar namun rasanya mungkin sudah agak kurang. Aku masih tak dapat menjadi seperti 'biasa' setelah apa yang telah aku lakukan. Cuma dengan yang satu itu sajalah. Nampak sangat dia tak mahu berbicara dengan aku biarpun sepatah saja. Aku pula? Aku langsung tak punya kekuatan untuk meminta maaf kepada dia biarpun sebenarnya dalam hati aku, rasa meronta-ronta itu ada. Sedangkan memandang aku pun dia tak sudi, apatah lagi berbicara dengan aku.

Sekali lagi, aku meminta maaf biarpun aku telah menutup kes ini. Mungkin ada yang terlintas untuk menjejaki blog ini dan membaca tapi percayalah, ini bukan untuk menghina atau membuka aib kamu. Hanya mahu memberi pengajaran kepada yang lain agar tidak menulis secara sewenang-wenangnya agar tidak mengguris perasaan orang. Semoga hubungan kita akan kembali seperti dahulu dan, hilangkan rasa kebencian kamu terhadap aku.

Sekian


Yang benar,
Aku.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak