Buat Engkau yang Tersayang

Wahai saudariku,

Aku tahu kau akan menjerit  sambil menarik-narik rambut serta mencari bawang untuk dipotong sebaik saja kau selesai membaca post ini..

Aku saja nak pancing mata hati engkau supaya kau tahu,
"diriku disini menanti dirimu... " ~ Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu
Okey.

Aku saja je nak buat entry ini KHAS dan dalam bentuk edisi istimewa (Baca : Special Edition). Aku kenal dia ni sejak dari Tingkatan 1 lagi. Dan (ini dah menyalahi hukum tatabahasa) rupa-rupanya, dia adek bongsu kepada guru Bahasa Melayu aku ketika Tahun 2 masa zaman aku budak sekolah rendah suatu ketika dahulu! Haiyoyo..

Seingat aku, abang dia a.k.a bekas guru aku dikenali sebagai seorang yang teramatlah tegas dan garang yang superb. Jika dibanding dengan adeknya pula, sangatlah comel dan ayu serta seorang yang sangat rasional bagi aku.

Biarpun dia terkenal sebagai seorang yang sangat slow sehinggakan apa saja yang dia lakukan semuanya lebih lambat dari kura-kura, tapi aku cukup tabik kepada dia kerana apa saja yang dia hadapi, apa saja yang dia tempuhi, dia sangat tenang dan mengambil positif atas apa saja permasalahan yang ada. Kadang-kala aku rasa aku sangat kecil dari dia biarpun sebenarnya aku lebih besar dan tinggi (puji diri sendiri) dari dia. Kerana sifatnya yang sungguh lemah lembut itulah yang menjadikan dia sungguh istimewa bagi aku.

Dalam lemah lembut itu, dia pun gila-gila jugak. Sifat ramahnya pada semua orang buat aku rasa kagum. Wajahnya itu sebenarnya menarik perhatian orang terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Sampaikan ada mak cik-mak cik yang berperang mulut di majlis walimah orang. Sebab nak mark dia untuk anak teruna mereka. Alahai. Mak aku pun suka jugak dengar cerita pasal dia dari mulut anak perempuannya yang comel lagi baek budi lah sangat. Sejak mak aku jumpa dia ni waktu 2011, mak aku terus 'jatuh hati' tengok manisnya wajah anak perempuan Nek Bibi Hawa ni.

Seronok kenal dia ni. Sangat tenang walaupun ada masanya dia ni boleh jadi seorang yang gila-gila. Sapa-sapa yang berminat, sila isi borang dan jalani sesi temuduga terlebih dahulu. Wahai kakakku yang tak pernah merelakan tangannya dicium ketika bersalam, selamat ulang tahun yang ke-17. Kebetulan, post yang terperam selama hampir 2 minggu ni dipost secara officialnya pada ulang tahunnya pada hari ini. 28 September 2013, orang tu dah tambah umur. Terima kasih sebab sudi ada ketika aku menangis tidak lama dahulu. Bukan senang nak cari teman yang memahami kita dalam waktu yang singkat Lebih membanggakan, dia berjaya mengubah dirinya dari seekor raksasa gorgon yang suka merosakkan bangunan di sekitarnya kepada Otromen Maks yang selalu ada ketika orang lain dalam kesusahan. Antara ayat cliche yang sering disebutnya kini ialah, "Amboi?~"

Aku perkenalkan, sahabat yang paling aku sayangdaninginpelukketatketat..... *Bunyi dram* Nurafiqah Rosli.
 *Sambil mengelap air mata dan mengibarkan handkerchief* ku ucapkan Sweet 17!!!!!!

"Bilanya kau ada masa ke padang pasir? Tapi boleh pulak kau rilek tak tutup muka... Takde debu ek?" *Mode mengarut kepala beku di petang yang sejuk*

Lepas ni konfem aku kena tarbiyah guna baldi...

Comments

  1. Best entry..kawan ? mesti dia budak buku teks n skema kan?..apa2 pun.comey jugak (puikk) angkat bakul sendiri lepas tu blahh ngn bakul2 skali ...hehehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak