Kosong

Kosong? "Zainab, mung pi ambik gitar, ambo nak main gitar ni. Nak jadi supo Najwa Latep..."

Takdelah. Mak gurau je. Saja nak cari pasal. Ingat senang ke nak cari tajuk entri? Susah tau. Macam susah untuk bangun pagi, macam tu lah rasanya. Memandangkan hari ni aku nak jadi tak serius, so aku buat post yang buleh dikatakan lawaklah jugak. Bagi aku kot.

Disclaimer
"Sebarang kejadian muntah darah, hidung berdarah, buah pinggang tertanggal, sawan atau berlari lintang-pukang sambil menarik-narik rambut sehingga dilanggar kereta, itu semua adalah luar dari tanggungjawab penulis. Hanya surah Yasin dan doa saja yang mampu dikirimkan.  :)"

Start!

Beberapa bulan yang lepas, aku telah mengambil satu rantai kunci ( BACA : Key chain) yang dihadiahkan oleh seseorang kepada aku. Seorang yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku jugak. Tapi ironinya *amboi, berbunga nampak!*, kami tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Bagaimana itu?

Sebenarnya, orang ini aku jumpa melalui Facebook. Najwa Latep lagi. Apsal aku minat sangat Najwa Latep ni? Ayoyoi. Mula-mula itu semua cumalah kepala gila aku yang ketika itu kemaruk nak tambah kawan jadi beriban. Itu dulu :) Waktu tu, aku stalk FB kawan aku. Saja, bosan. Tetiba nampak dia ada berbalas komen dengan seorang lelaki! What? Entah apa jenis angin yang bertiup, aku boleh pulak Add as Friend. Ish ish ish. Tak lama kemudian, aku menerima satu notify yang memberitahu, aku dah ada new friend dan juga dia dah post sesuatu di wall aku. Zaman itu belum ada timeline lagi. Tak silap aku, dia just ucap terima kasih sebab add. Rajin punya orang.

Tak lama lepas tu, aku menerima satu mesej. Hairan la jugak. Sebab masa tu, cuma mak cik sorang tu je yang suka sangat ganggu ketenteraman aku. Rupanya aku silap sangka. Salah orang. Bukan mak cik tapi lelaki itu. Sudah, apa dia nak ni? Macam-macam jugak la yang keluar dalam kepala aku. Memanglah rasa lain macam. Tiba-tiba ada yang hantar mesej kat inbox. Lelaki pulak tu. Memanglah aku fikir yang pelik-pelik.

Ayat pertama dia, aku masih ingat lagi.
Salam.
Kenal $%!?& ka?
Aku jawab jelah. Lepas tu, mula borak sikit je. Sebab aku memang rasa ada yang tak kena dengan mamat ni. Esoknya, aku terus approach kat mak cik tu, tanya, soal punya soal, barulah keyakinan tu datang. Walaupun sebenarnya, mamat tu tak kasi aku tanya kat hamba Allah yang sorang ni. Terpaksa tanya sebab keraguan tu menghimpit dada. Muntah ke? Nah baldi! *Baling*

Tapi dari itu, aku semakin hari semakin okey dengan encik itu sebab aku rasa aku dengan dia memang tak jauh beza. Kepala pun lebih kurang je level. Level gila-gila. Sama-sama minat Sejarah. Dan aku dapat tahu yang dia mengambil Peradaban Dunia di universiti. Waktu aku mula-mula kenal dia dulu, dia sebenarnya cuti sementara menunggu perpindahan universiti. Masa tu, Mesir memang bergolak masa tu. Zaman Mohamed Morsi belum jadi presiden lagi. Mungkin ketika tu Mesir masih di bawah pentadbiran Hosni Mubarak. Dia dulu study di Yaman tapi due to the war, semua mereka tu balik Malaysia dan apply di Indonesia je.

Jadi, memang kira lamalah jugak dia cuti. Dalam 3 bulan rasanya. Tapi lepas tu, sebelum bulan puasa dia kena pergi Indonesia dan just duduk di sana sampailah bulan 9. That's mean, semua student Malaysia yang nak masuk ke Sunan Ampel tu kena masuk dulu ke Maahad. Tak silap aku nama negeri tu Blitar. Ada satu pertanyaan yang telah aku ajukan sehingga kami mula berbalas mesej di henfon pulak dah. Even malam raya, pagi raya dan second day raya pun, kami memang mesej je. Cuti kan? Then, aku rasa aku dah bazir kredit terlalu banyak so aku stop. Just guna Facebook je. Sayang tu, sekali hantar, 20 sen hilang.

Garu dagu jap.

Sehinggalah aku merayakan tahun pertama kami berkawan. Tarikh tu siap tulis lagi kat kertas sebab eksaited sangat. Well, untuk malam ni, aku off dululah. Kalau ada kelapangan, aku akan buat next post untuk pembaca. K, selamat malam dan Assalamualaikum :)

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian