Menghitung Hari

Sekarang ini sudah tiba masanya semua pelajar drilling kepala masing-masing. Saya ingat kata-kata ustazah saya, sekarang ini sudah masa untuk semua ilmu sudah elok di kepala. Guru Biologi saya pula memberitahu, tiada masa lagi untuk selak buku tebal-tebal. Yang ada sekarang ini hanyalah ilmu yang diserap melalui latihan-latihan tambahan yang banyak. Tiada lagi teknik buka buku untuk cari jawapan. Latihan dari guru jangan terlalu diharapkan kerana guru handle ramai pelajar. Jadi kena diri sendiri punya inisiatif untuk melatih diri.

Kami telah banyak diingatkan  untuk buat satu jadual belajar. Bukan saya tak mahu buat. Saya akui, jadual belajar ini amat membantu kebanyakan pelajar namun bagi saya, saya lebih senang begini. Saya tidak sama seperti yang lain, boleh duduk di dalam bilik berjam lamanya ataupun duduk menyendiri tanpa ada yang mengganggu. Sukar untuk saya fokus jika saya terlalu terikat dengan keadaan seperti itu kerana saya sudah terlalu biasa dengan persekitaran yang begini.

Rasanya, kedatangan SPM yang hanya tinggal sebulan ini memang benar-benar menyesakkan dada bukan sahaja saya, malah kepada semua calon SPM. Tipulah mereka seandainya mereka langsung tak merasa debarannya. Bukan senang untuk mengurangkan rasa berdebar itu. Agak-agak, perasaan ni sama tak macam nak nikah. Eh? Oi, mengarut dah kau ni! Bantal mana? Nak tutup muka! Malu....

Baik, berbalik kepada topik jadual belajar itu tadi. Mengikut bahasa orang putih atau dengan nama yang lebih  specific, English Language, study time table. Jujur saya katakan, saya tidak suka terikat dengan jadual. Saya lebih tenang dan selesa mengikut kepala saya. Mana-mana buku pelajaran yang ada di depan mata. Anda kenal novel tingkatan 5? Kalau belah Sarawak ni novel Kabus di Perbukitan. Memang tak patut pada awal dulu saya gelar novel ini Kabus di Perkuburan. Syukur juga saya tak sertakan perkataan tersebut dalam ujian. Jika tidak, saya tak dapat bayangkan reaksi guru saya. Kadang-kala bila saya sudah terlalu muak melihat Inche Biology, saya buka novel ini untuk menenangkan jiwa di samping menghafal event yang penting. Saya senang membelasah saja mana-mana subjek yang dapat ditangkap dari lensa mata saya. Amboi, ayat!

Jadi, konklusinya, saya hendak off dululah. Inspirasi saya tak berkembang malam ini.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak