Sungguh sayang

Aku telah meninggalkan mesej di FB Hilal Asyraf (Official) tadi. Bertanya mengenai buku tulisan terbarunya iaitu "Mengenang Murabbiku : Ustaz Dahlan". Beberapa hari yang lepas aku ternampak satu post dari Hilal tentang buku ini. Tak dinafikan orang ini berbakat besar dalam bidang penulisan malahan telah menghasilkan begitu banyak karya. Kebanyakan buku yang ditulis beliau adalah berbentuk dakwah. Hanya sebelum aku belum terbuka hati nak beli mana-mana bukunya.

Namun, setelah aku terbaca post di FB, serta merta aku rasa hendak tahu mengenai insan yang begitu dirindui dan dikagumi oleh beliau itu.

Hilal Asyraf telah membalas mesej aku tu dan memberi satu jawapan yang sungguh menghampakan aku! Aku telah mengajukan pertanyaan kepadanya."Encik Hilal, buku mengenang murabbiku ada dijual di kedai buku Popular?"
Jawapan beliau "tidak ada. Buku itu hanya boleh didapatkan dari saya"

Berlari sambil menjerit dan menarik-narik rambut.
Mak, mintak pisau ngan bawang. Nak tolong kupas sampai keluar air mata. Lama dah tak nanges ni.

Sayangnya aku tak punya wang yang lebih untuk beli buku tu dan sebenarnya aku tak reti nak beli secara online. Boleh je aku mintak kat Inche Bapa. Tapi aku malas nak terang panjang-panjang. Konfem banyak pertanyaan. Aku tak minat dengan pertanyaan berguni-guni ni. Kalau kumpul, boleh buat 7 muka surat akhbar BH.

Sabo jelah. Mana tahu Hilal Asyraf terbuka hati untuk membekalkan kepada kedai buku yang ada di Malaysia ni.

Selaib dari tu.. Aku nak promote beberapa blog yang aku rasa agak bagus. Tapi maaf sebab aku tak dapat sertakan sekali link untuk ke blog tersebut sebab aku tulis post ni pun guna Android je.

Antaranya :-
1) Langit Ilahi (ini blog Hilal Asyraf)
2) Angel Pakai Gucci
3) Aku Islam

Korang boleh je Google. Yang ketiga tu aku tak pasti. Boleh cuba. In sha allah jika ad kelapangan... Aku akan post link blog tersebut dan terangkan keistimewaannya.

Maaflah kalau aku ada salah-salah taip ni. Taip pun tak tentu. Maklumla...guna henfon je. K bai

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak