This Is TRIAL man!

Hekhem!

Betapa susahnya hendak fokus terhadap Puan Sejarah. Jadi, lebih baik saya duduk menaip sambil minum 7Atas (baca : 7UP) dan mengunyah kuih lapis Apollo perisa Pandan.

Sudah 3 hari percubaan SPM berlangsung dan saya maseh lagi dalam awangan yang tercipta di minda saya yang serba tak kena ini. Sangat~ 

Esok sudah tiba kertas puaka err maksud saya, kertas yang paling saya cintai dan kasihi, Sejarah 2. Muntah! Dan diikuti oleh kertas yang paling saya tak suka, Matematik 1. Nasib baek bukan Matematik Tambahan. Kalau tidak saya akan melarikan diri dan sembunyi bawah meja. 

Teringat saya beberapa jam yang lepas, saya dan parents sedang makan petang dan saling bertukar cerita antara satu sama lain sambil menikmati hidangan-hidangan yang cukup untuk membuat kami mengingati sewaktu zaman yakni ketika kami semua masih bergelar penjaja. Saya telah meminjam sebuah buku dari seorang rakan sebagai persediaan saya untuk menduduki subjek tersebut pada minggu depan. Saya meminta bapa saya untuk tolong fotostat di mana-mana kedai cetak yang murah dan saya telah titipkan sekeping not warna merah untuk meringan beban beliau dan tidak perlu menyusahkan beliau untuk seluk poket seluar jeans. 

Sekembalinya dari tempat bekerja, beliau membeli sedikit kudapan untuk dikunyah dan kebetulan pula ketika itu saya sedang duduk bersama mama saya di dapur sambil menikmati secawan Nestum kegemaran saya. Dia memberitahu bahawa buku tersebut hanya akan siap dicetak pada pukul 6 nanti. Saya ok saja. Lalu, mama pun memberitahu :

"Zaman mama dulu, harap buku teks saja. Tak macam zaman sekarang, buku rujukan dah harga puluh-puluh. Biarpun serba kekurangan, tapi kami tetap juga mampu dapat keputusan yang baik. Tak kata mama ni hebat, tapi jika dibandingkan kamu ni, rasanya tak dapat kamu nak lawan mama."

Saya tunduk saja. Betul. Ketika zaman mama saya tingkatan 5 dahulu, tak ada pula buku rujukan. Tapi, mama boleh dapat keputusan yang baik. Tak jugaklah dapat pangkat 1. Tapi bagi saya, pangkat 4 itu mungkin sudah cukup baik. Saya, nak dapat B pun susah. 

Saya harus bangun dari lena saya. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi pelajar Tingkatan 3 nak PMR. Hellooo~! Saya cakap, Tingkatan 3 okeh. Saya calon SPM 2013 yang DIWAJIBKAN lulus Bahasa Melayu dan  Sejarah. Saya tidak sanggup mengira datangnya hari SPM itu tetapi cukuplah saya tahu perkara ini, masa sudah hampir tamat. 

Masa saya di rumah tidak sepenuhnya saya manfaatkan untuk menelaah saja. Dan sebenarnya saya tidak mampu untuk menelaah sepenuh masa kerana tugas saya sebagai seorang anak cukup banyak lebih-lebih lagi, saya adalah satu-satunya anak dalam keluarga comel ini. Banyaknya alasan yang keluar dari mulut saya tidak sama seperti apa yang sedang saya risaukan. Saya mahu belajar tapi dalam masa yang sama, saya tidak boleh meninggalkan tugas saya sebagai anak dalam menguruskan rumah. Saya tidak  boleh bergantung kepada mama saya. Mama saya perlu rehat. Saya juga tidak dapat bergantung kepada bapa saya. Bapa saya perlu keluar untuk mencari nafkah. 

Dalam dilema ini, saya mesti membahagikan masa bersama keluarga, masa untuk menguruskan rumah dan masa untuk diri saya sendiri sebelum saya menjadi lebih tak terurus. Saya sedar, ini merupakan percubaan SPM. Orang kata, saya nampak santai saja. Memang, saya suka buat muka santai. Tapi sebenarnya saya seorang yang kecoh dan gelojoh. Bukan gelojoh makan. Saya amat gelojoh dalam membuat kerja. 

Tetapi harus ingat, walau panjang manapun entry ini, walau pendek seciput pun, saya dah tetapkan dalam dada, THIS IS SPM'S TRIAL, MAN! Take it or you'll fail.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian