Posts

Showing posts from October, 2013

"Its only a few days to go"

Image
Dalam keadaan mengelap peluh, aku menaip entri ini. Hampir termuntah juga setiap kali teringatkan ayat ini, "its only a few weeks to go. Oh my! Then its only a few days to go," ayat ini diambil dari guru Bahasa Inggeris aku ketika hendak menduduki gerak gempur Sejarah pada hari Jumaat yang lalu. Pengsan.

Suara siapakah yang teresak-esak itu?

Bukan nak kata aku belum sedia untuk ambik SPM ni. Tapi, ane lagi galau nih! Waduh? Sekarang ini pun, sedang menduduki exam seolah-olah bidan terjun. Tengah enak sok sek sok sek dengan geng, tetiba ada pengumuman "hari khamis ni peperiksaan gerak gempur."

Jatuh kerusi.

Lebih kurang 3 tahun yang lalu, masa tu aku seorang budak tingkatan 2, seorang akak sedara memberitahu, "akak rasa nervous untuk SPM ni, Na..." Yang aku rasa kakak sedara aku ni osem tahap gaban, boleh pulak dia menelaah Add Math tengah-tengah orang sibuk uruskan jenazah arwah anjang aku yang meninggal kebetulan pulak pada hari raya Qurban. Sebagai adi…