"Its only a few days to go"




Dalam keadaan mengelap peluh, aku menaip entri ini. Hampir termuntah juga setiap kali teringatkan ayat ini, "its only a few weeks to go. Oh my! Then its only a few days to go," ayat ini diambil dari guru Bahasa Inggeris aku ketika hendak menduduki gerak gempur Sejarah pada hari Jumaat yang lalu. Pengsan.

Suara siapakah yang teresak-esak itu?

Bukan nak kata aku belum sedia untuk ambik SPM ni. Tapi, ane lagi galau nih! Waduh? Sekarang ini pun, sedang menduduki exam seolah-olah bidan terjun. Tengah enak sok sek sok sek dengan geng, tetiba ada pengumuman "hari khamis ni peperiksaan gerak gempur."

Jatuh kerusi.

Lebih kurang 3 tahun yang lalu, masa tu aku seorang budak tingkatan 2, seorang akak sedara memberitahu, "akak rasa nervous untuk SPM ni, Na..." Yang aku rasa kakak sedara aku ni osem tahap gaban, boleh pulak dia menelaah Add Math tengah-tengah orang sibuk uruskan jenazah arwah anjang aku yang meninggal kebetulan pulak pada hari raya Qurban. Sebagai adik sedara yang blur dan takde perasaan, aku sengih je.

Gelak keji.

Lepas naik Tingkatan 5 ni, lebih-lebih lagi SPM tengah garu-garu bontot, barulah aku rasa tekanan yang sama macam tekanan yang kakak sedara aku rasa. Tu lah dulu, sengih mengalahkan kerang basi, sekarang baru tahu. Perasaan ni tak sama macam aku duduk UPSR dengan PMR bertahun yang lepas.

Jatuh tangga

 Ingatlah wahai adek-adek junior yang terlalu asyik nak berBaitul Muslim (baca : kawen) ! Lepas habis SPM, anda bakal meneruskan pengajian. *Itupun kalau keputusan mengizinkan.* Seterusnya bakal melalui Hari Jubah sambil disaksikan oleh umi dan abi yang sedang menahan air mata tengok anak sedang ambik sijil kat atas pentas. Lepas tu kerja. Berbakti kepada mereka. Dan akhirnya, datanglah seru ingin ke alam Baitul Muslim. Camtu haa... Maseh fikir nak kawen lagi?

Amboi kau? Macam ada pengalaman je ni? SPM pun tak lepas. Pigidah!

Begitulah tahap kelejenan SPM ni. Sesiapa yang dah sit kira nafas tu dah okey. Takde masalah semput lagi. Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Aku yang dulu suka baca novel, sekarang ni suka baca ilmu. Lepas SPM baru sambung balik. Nak belasah baca Kampung Girl, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Love You Mr. Arrogant dan ada lagi 100++ novel yang berbaris.

Amboi? 6 November ye Kak Kiah? Cepat giler. Rasa macam baru semalam aku masuk Tingkatan 1. Lagi dua minggu dah nak ambik SPM? Lejen.

Hantuk kepala ke dinding 10 kali.

Sekianlah untuk entri kali ini. Banyak sangat peluh yang menitis.

-ini baru kering-




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak