Posts

Showing posts from November, 2013

"Seronokla korang"

Sebaik saja pengawas kutip semua kertas jawapan, rakan-rakan seperjuangan menghadapi peperangan alaf baru menggunakan sebatang pen dan kertas dari kelas sebelah dah terpekik terlolong kengkonon nak kasi tahu satu dunia diorang dah abes paper. Bila toleh kat kite-kite yang tak abes paper lagi ni, tak rase kesian ke? Isk isk isk T.T Lap air mata.
Anda anda anda yang telah tamat paper, janganla asek nak update twitter facebook blog dan kroni-kroninya ajeee... Sakit pulak hati kite ni. Setakat ni aku dah jumpa manusia-manusia yang sibuk update pasal dia yang dah tamat paper. Cekik sampai masuk hospital baru tau. 
Kepal buku lima
Semalam, dah elok aku duduk bersila atas couch, aku terus bercerita itu ini pada Puan Mama. Termasuklah ada kes conteng uniform. Wahai, sanggupkah aku untuk mengorbankan uniform putih untuk diconteng-conteng? Tak mahu aku. Disebabkan itu, Puan Mama mencadangkan aku supaya beli satu buku untuk conteng-conteng tersebut. Bukan conteng apapun sebenarnya, sebagai kenan…

Terima kasih semua!

Disebabkan aku punya idea yang agak chantek malam ni, so aku memilih untuk post sekarang biarpun dah pukul 11 malam. Inilah aku. Dah pukul 11 malam baru idea datang mencurah nak menaip alkisah dalam blog ni.

Aku kenal mereka dah lama dah... Ada yang dah 12 tahun, 8 tahun, 2 tahun, 1 tahun pun ada. Kalau yang 12 tahun tu, memanglah sudah lama. Sejak tadika lagi. Aku tak mampu putuskan ikatan ni. Sepanjang berkenalan, mungkin ada saja ayat langsi yang aku tak sengaja keluarkan. Jentik sana, cubit sini, pukul sana, tumbuk sini. Tapi aku gembira, kita mampu dewasa bersama-sama. Melihat perubahan yang berlaku kepada kita. Seperti lagu si budak tu, Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.... Ada yang dah berubah, ada yang masih sama macam dulu tapi percayalah, tanpa mereka, mungkin aku tak begini. Tertawa riang di siang hari biarpun pada malamnya aku kesepian. Kerana adanya mereka, sebagai rakan, aku kenal erti persahabatan, aku kenal erti usaha. Aku juga mengenali erti cinta.

Berkongsi waktu,…