"Seronokla korang"

Sebaik saja pengawas kutip semua kertas jawapan, rakan-rakan seperjuangan menghadapi peperangan alaf baru menggunakan sebatang pen dan kertas dari kelas sebelah dah terpekik terlolong kengkonon nak kasi tahu satu dunia diorang dah abes paper. Bila toleh kat kite-kite yang tak abes paper lagi ni, tak rase kesian ke? Isk isk isk T.T
 
Lap air mata.

Anda anda anda yang telah tamat paper, janganla asek nak update twitter facebook blog dan kroni-kroninya ajeee... Sakit pulak hati kite ni. Setakat ni aku dah jumpa manusia-manusia yang sibuk update pasal dia yang dah tamat paper. Cekik sampai masuk hospital baru tau. 

Kepal buku lima

Semalam, dah elok aku duduk bersila atas couch, aku terus bercerita itu ini pada Puan Mama. Termasuklah ada kes conteng uniform. Wahai, sanggupkah aku untuk mengorbankan uniform putih untuk diconteng-conteng? Tak mahu aku. Disebabkan itu, Puan Mama mencadangkan aku supaya beli satu buku untuk conteng-conteng tersebut. Bukan conteng apapun sebenarnya, sebagai kenangan untuk dikenang-kenang di kemudian hari nanti. Mama, takyah susah-sudah turun padang ke MDS tu semata-mata nak beli buku. Berlambak buku kat bawah meja ni hah. Anak comel mama ni hantu buku catatan. Pantang nampak yang macam comey je, macam cantik je, terus rembat. 10 minit kemudian, letak balik buku tersebut sebab rasa bersalah nak beli. Nanti tak cukup duit. Almaklumlah, aku ni malu-malu ayam sikit nak mintak duit pada Inche Bapa.

Gelak keji

Dan yang paling menghepikan, Puan Mama beri kebenaran untuk bawa tablet ke sekolah pada hari terakhir itu nanti. Kalau tak nak pun, bawak kamera pun okey. Bila fikir-fikir semula, tak sampai hati pulak nak bawak tablet. Baik aku bawak kamera. Dah pulak dalam kamera tu cuma ada gambar anak buah aku je. Antara nama yang Puan Mama sebut untuk aku ambik gambar bersama ialah Amilea, Afiqah dan Kakak Mongol tu.. Kelakar pulak aku. Akak Mongol tu? Nak ke dia? Terkekeh-kekeh aku ketawa. 

Gelak besar.

By the way, hari Selasa yang bertarikh 3 Disember ni aku bakal menduduki subjek terakhir aku iaitu Bahasa Arab. Sedar tak sedar je, dah nak abis paper. Bila aku cakap dengan Puan Mama mengenai betapa sebentar saja tempoh sebulan ni. Puan Mama seperti biasa, sambil mendengar Sinar f.m dan sibuk mencantikkan Pou, jawab penuh selamba. "Apa kau ingat sebulan tu lama ke? Kalau orang bekerja, nak tunggu sebulan tu memanglah lama sebab pokai dah..." Mak aku ni memanglah, selamba badak je dia smash aku. 

Nanges.

Akhir kalam, "seronokla korang..." Sambil buat muka duckface sedih.

-hati kering-




Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak