Posts

Showing posts from December, 2013

Kay El Em Jay

Terlintas untuk mencipta entri baru apabila melihat anak jiran baru je balik dari mendaftar untuk kemasukan ke Darjah 1. Lepas ni konfem tiap pagi dengar dia merengek tak abis-abis. Boleh jadi alarm aku engkau ni anak jiran. Kalau dulu setiap kali dia nak pergi tadika waktu tengah hari, suara dia jugak yang bergema di gegendang telinga. Lepas tu, dengar lagi suara dia menangis. Entah apa masalah budak tu. Kalau kena jelingan maut aku, terbelah dua agaknya badan anak jiran tu.

Eh? Tercerita soal anak jiran menangis pula. Lain yang nak dicipta, lain pulak yang jadi. Wahahaha!

Aku selalu dengar pertanyaan yang sama dari Mrs. Bila buka sekolah? Memandangkan aku ni seorang lepasan sekolah, so aku dah malas nak ambik tau bila. Tapi nak tak nak aku kena jugak ambik tau sebab hampir tiap hari sama je soalan. 2 Januari kan? Aku pun tak pasti tapi bila dengar berita, itulah tarikhnya.

Tadinya aku berjalan-jalan di sekitar news feed. Terjumpa satu status ni yang buat aku tergelak besar.

Jam 2 na…

Entri Terakhir 2013 :3

Beberapa hari lagi sudah hendak menjelma tahun baru. Kalau dulu asyik dengan azam baru, sekarang ni aku dah tak ada azam dah. Sebab azam aku sebelum ni selalu je kondem. Nak azam apa? Sekolah pun dah habis.

Teguk kopi.

Kedengaran di corong-corong radio dan di televisyen menceritakan tentang kesibukan para papa dan mama membeli barangan persekolahan. Manakala Mr. Bapa dan Mrs. Mama aku pula rilek je. Almaklumlah, dah anak sorang. Nak sibuk apa lagi. Tak yah sibuk nak beli apa-apa. Tunggu masa je nak sound keputusan SPM anak dier... Eh?

Jatuh tangga.

Kalau dulu, sekarang ni tengah membilang barangan yang hendak dibeli. Kasut kalau masih elok, tak yah beli dulu. Pakai yang lama punya. Uniform pun kalau masih muat (nampak sangat membesar dengan pesat) pakai juga yang lama. Tapi kebiasaannya kedua-dua kelengkapan persekolahan ini ditaja oleh MakSedara Sdn. Bhd. Wahahahaha~ Jadi keselaluannya, Mr. and Mrs goyang kaki je pasal dua item terpenting ni. Orang nak taja, rembat je lah Bedah oiii~

Cliche Novel masa kini

Post ni rasanya macam headshot kepala sendiri tapi, why bother why bother why bother? (Ayat Azwan Ali tu) Aku mula perasan novel sekarang ni langsung tak jauh beza. Apakah mentaliti para penulis novel itu semuanya sama? Mari kita lihat apakah persamaan antara kesemua jenis novel yang ada di Malaysia amnya ini.

Regangkan urat jari serta urat tengkuk.

Cliche #1 : Watak wanita mesti seorang yang pengkid atau istilah glamornya, tomboy.
Perkara macam ni aku dah jumpa dalam lebih dari 2 novel. Cuma aku tak ingat apa tajuknya. Persoalannya, mengapa perlu watak wanita itu seorang pengkid? Takde jenis watak lain ke? Kalau setakat bersifat ganas takpe, ini cukup dengan gambarannya watak wanita itu betul-betul menyerupai lelaki.

Geleng kepala.

Cliche #2 : Watak hero konfem sombong, poyo, menyampah perasan kaya!... eeei!
Tak payah tengok jauh. Cerita Playboy Itu Suami Aku sudah menggambarkan segalanya. Aku sebagai penonton ni pun tak tahan. Banyak jugak aku jumpa cliche macam ni. Menyampahlah sungg…

#Throwback : Cikgu BM paling garang

Aku tak tahulah sekarang ni aku ada masalah mudah terkejut sampai tersedak biskut. Sedang enak aku berjalan-jalan sekitar MukaBuku, aku menerima satu friend request. Kebiasaannya aku buat tak peduli dengan request tu. Pelik-pelik je manusia. Tapi kali ni aku merasakan sesuatu yang aneh di sebalik friend request tersebut. Cik Mira. Bila aku tenung betul-betul, macam kenal muka manusia 3 orang ni.

Cuba meringankan jari, aku klik nama tu. Jeng! Akaun cikgu BM Form 3! Terasa jantung berdegup kencang! Tersangat kencang! Dan persoalan yang bermain di minda.... Sejak bila pulak cikgu ni dah tukar angin?! Seingat aku dulu, katanya dia tak layan social media ni semua? Sekali godek-godek FB, eh dah ada FB since 2010 dah?

Ok ok, husnudzon nina... Mungkin anak cikgu yang nama Mira punya FB. Mak dia tumpang sekaki jugak. Buat aku rasa neves je nak confirm tapi nak tak nak tekan je Accept Friend Request. Tetap jugak aku tak puas hati dari mana dia dapat FB aku ni. Serentak dengan itu macam-macam ke…

#Throwback : Zaman sekolah 2013

Image
Ni yang aku malas. Masa tak ada masa nak update, macam-macam benda nak dikongsi kat blog. Dah ada kesempatan, idea lak hilang. Payah betul. Letih la nak korek kepala otak cerdik bijaksana ni.

5 jam kemudian....

Okeylah, aku rasa nak throwback. Tak nak imbau kenangan 11 tahun lepas. Ambik yang 2013 je. Takut nanti 8 jam aku menghadap keyboard sampai tak sedar kerja rumah berlambak. Kepada rakan-rakan seusia dengan aku, silalah mula mengimbau kenangan yang tak berapa nak lama ni.

Rasa macam duduk form 4 cuma untuk 6 bulan je, tahu dah masuk Form 5. Nak SPM (sekarang dah lepasan SPM :D) dah pun. Memang diakui masa awal-awal tu suka sangat main-main. Tak serius. Fokus bila nak aje. Bila dah dekat baru fokus dan tiba-tiba kekesalan bertandang di hati.

Keluar dah bunga ayat.

Sebulan tempoh peperiksaan SPM nampak macam panjang tapi sebenarnya tersangatlah pendek masanya. Sesiapa yang dah baca post lama mungkin ingat apa yang Puan Mama tembak kat aku. Rilek die je tembak aku. Macam slumber je…

Anak dara sepenuh masa

Woo, Inche Bapa tak kasi aku kerja. Bila Puan Mama tanya boleh ke tak budak comel ni kerja. Inche Bapa diam sejuta bahasa. Teruskan makan dan buat tak kisah. Faham la tu maksudnya.

Seriusla, aku boleh tahan letih jugak. Bangun pagi tu, jangankan isi perut, tekak pun kering lagi, dah sibuk nak bagi kucing-kucing makanlah, cuci bajulah, siapkan itu ini, last-last sibuk tu, mandi pukul 11 pagi. Sibuk bebeno aku. Tengah hari pulak, nak siapkan meja lagi untuk makan. Kalau masuk hari mak aku pergi dialisis, lagilah aku sibuk. Uruskan bekal, baju, barang-barang yang biasa dibawak. Fuhhh~ Kadang-kadang aku tak sengaja terhembus nafas kuat sampaikan mak aku kata, "dahlah, berehat.." Nak berehat macam mana, kerja tak abis lagi.

Tarik nafas.

Puan Mama pulak suka bagi 5 arahan berderet. Nasib tak terpusing kepala aku ni. Dan aku mula membayangkan yang sekarang ni adalah sekolah dan aku tak perlu buat semua kerja ni. Apakan daya, aku ni dah lepasan SPM.

Wah, aku nampak tua dah.

Well, ma…

Sweet 17 :3

Image
Genap sudah 17 tahun. Begitu lama aku menunggu untuk sandang title 17 tahun ni. Tapi aku cuma berpeluang memegang 17 tahun ini untuk tempoh yang singkat saja kerana tahun depan orang sudah menggelarkan aku sebagai anak muda 18 tahun. Cepat betul masa berlalu.

Sigh.

Ketika aku duduk bersama Puan Mama sam
bil kedua-duanya fokus kepada game Pou dan Pecah Gula-gula Saga, Puan Mama mengajukan satu pertanyaan kepada aku. "Khamis kan hari ni?" Aku jawab ya. Aku faham maksud pertanyaan itu. 17 tahun yang lalu, tepat pukul 1615 aku dilahirkan di Hospital Daerah Lawas, tempat asal Puan Mama sebelum berhijrah ke Bintulu mengikut Inche Bapa. Katanya dulu, pada pukul 12 tengah hari itu dia sudah merasa tanda-tanda untuk melahirkan. Nampak sangat aku gelojoh nak keluar. Sian mak aku :)

Gelak keji.

Sebenarnya, jangkaan doktor untuk aku adalah pada 25 Disember. Alhamdulillah, aku tak perlu kongsi hari dengan perayaan agama lain. Aku terima seadanya. Lagipun aku nampak comel je selalu walaup…