Anak dara sepenuh masa

Woo, Inche Bapa tak kasi aku kerja. Bila Puan Mama tanya boleh ke tak budak comel ni kerja. Inche Bapa diam sejuta bahasa. Teruskan makan dan buat tak kisah. Faham la tu maksudnya.

Seriusla, aku boleh tahan letih jugak. Bangun pagi tu, jangankan isi perut, tekak pun kering lagi, dah sibuk nak bagi kucing-kucing makanlah, cuci bajulah, siapkan itu ini, last-last sibuk tu, mandi pukul 11 pagi. Sibuk bebeno aku. Tengah hari pulak, nak siapkan meja lagi untuk makan. Kalau masuk hari mak aku pergi dialisis, lagilah aku sibuk. Uruskan bekal, baju, barang-barang yang biasa dibawak. Fuhhh~ Kadang-kadang aku tak sengaja terhembus nafas kuat sampaikan mak aku kata, "dahlah, berehat.." Nak berehat macam mana, kerja tak abis lagi.

Tarik nafas.

Puan Mama pulak suka bagi 5 arahan berderet. Nasib tak terpusing kepala aku ni. Dan aku mula membayangkan yang sekarang ni adalah sekolah dan aku tak perlu buat semua kerja ni. Apakan daya, aku ni dah lepasan SPM.

Wah, aku nampak tua dah.

Well, masa memang sentiasa cemburu tambah pulak aku tengah kering idea masa ni. So, tata

-kering idea-

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak