Cliche Novel masa kini

Post ni rasanya macam headshot kepala sendiri tapi, why bother why bother why bother? (Ayat Azwan Ali tu) Aku mula perasan novel sekarang ni langsung tak jauh beza. Apakah mentaliti para penulis novel itu semuanya sama? Mari kita lihat apakah persamaan antara kesemua jenis novel yang ada di Malaysia amnya ini.

Regangkan urat jari serta urat tengkuk.

Cliche #1 : Watak wanita mesti seorang yang pengkid atau istilah glamornya, tomboy.
Perkara macam ni aku dah jumpa dalam lebih dari 2 novel. Cuma aku tak ingat apa tajuknya. Persoalannya, mengapa perlu watak wanita itu seorang pengkid? Takde jenis watak lain ke? Kalau setakat bersifat ganas takpe, ini cukup dengan gambarannya watak wanita itu betul-betul menyerupai lelaki.

Geleng kepala.

Cliche #2 : Watak hero konfem sombong, poyo, menyampah perasan kaya!... eeei!
Tak payah tengok jauh. Cerita Playboy Itu Suami Aku sudah menggambarkan segalanya. Aku sebagai penonton ni pun tak tahan. Banyak jugak aku jumpa cliche macam ni. Menyampahlah sungguh aku. Sampai tukar saluran lain ataupun tutup saja televisyen. Last-last nanti mesti dia cakap, "Sebenarnya abang dah lama cintakan ayang. Sejak dari kejadian bla bla bla~" Tapi aku suka jugak baca sebab wataknya digambarkan sebagai seorang yang handsome serta kaya dan ntah apa apa lagi....

Lalalala~

Cliche #3 : Konfem ada kes kahwin atur!
Ni selalu melibatkan antara keluarga yang nak mengembangkan empayar perniagaan. So anak-anak la yang jadi pelaburan utama para ibubapa yang mementingkan perniagaan ni. Lepas tu suruh anak bercerai sebab ada hal lain yang datang menggangu.

Phui!

Cliche #4 : Title Datuk, Tan Sri, Mak Datin mesti ada. errr....
Benda ni kalau tak ada, memang tak sah la. Orang-orang kaya yang sombong dan asyik mengejar kekayaan. Suka pandang rendah pada orang lain. Asyik mendera menantu yang sangat dibenci. Last, kalau dia tak jatuh miskin, konfem dia ditimpa musibah. N then dia akan mintak ampun dan perkara yang sewaktu denganya.

Huh!

Serta bermacam lagi #Cliche ni. Malas untuk menggarapkan semua. Hanya ambil point yang penting dan the most common. Aku pun terkena jugak dengan tempias post sendiri tapi, lantaklah.

Dalam banyak-banya novel, ada beberapa novel yang bagi aku agak sempurna dan tak mengandungi jenis #Cliche di atas. Antaranya :-


  1. Adam Hawa 2 : Dekatnya Cinta (Aisya Sofea)
  2. Suami Aku Ustaz (Hannah Dhaniyah)
  3. Duri (Penulis novel Ombak Rindu *kes tak ingat nama*)
  4. Jangan Kau Tangisi (Ebriza Aminuddin)
Tapi dalam semua novel di atas, hanya novel Jangan Kau Tangisi mempunyai plot akhir yang agak tragis. Watak utamanya, Haifa Hezzy meninggal dunia. Ekceli, aku suka sad ending macam ni. Taklah nampak macam cliche sangat. Asyik nak happy ending je. Setiap yang hidup pasti akan mati kot. 

So para novelis... Faham? Rasa nak tepek post ni kat wall para novelis. Biar sedar dan bukak mata sikit.

-hati kering-




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak