Entri Terakhir 2013 :3

Beberapa hari lagi sudah hendak menjelma tahun baru. Kalau dulu asyik dengan azam baru, sekarang ni aku dah tak ada azam dah. Sebab azam aku sebelum ni selalu je kondem. Nak azam apa? Sekolah pun dah habis.

Teguk kopi.

Kedengaran di corong-corong radio dan di televisyen menceritakan tentang kesibukan para papa dan mama membeli barangan persekolahan. Manakala Mr. Bapa dan Mrs. Mama aku pula rilek je. Almaklumlah, dah anak sorang. Nak sibuk apa lagi. Tak yah sibuk nak beli apa-apa. Tunggu masa je nak sound keputusan SPM anak dier... Eh?

Jatuh tangga.

Kalau dulu, sekarang ni tengah membilang barangan yang hendak dibeli. Kasut kalau masih elok, tak yah beli dulu. Pakai yang lama punya. Uniform pun kalau masih muat (nampak sangat membesar dengan pesat) pakai juga yang lama. Tapi kebiasaannya kedua-dua kelengkapan persekolahan ini ditaja oleh MakSedara Sdn. Bhd. Wahahahaha~ Jadi keselaluannya, Mr. and Mrs goyang kaki je pasal dua item terpenting ni. Orang nak taja, rembat je lah Bedah oiii~

Gelak keji.

Kalau dulu juga, sibuk nak pilih pen biru pen hitam pen merah. Membelek beg, ada tak lobang-lobang, memilih kotak pensil baru, fail dan entah apa-apa lagi. Paling penting, buku nota. Kalau sengkek sangat nak beli, buku 555 pun boleh jugak. Walaupun buku ni terkenal dengan buku hutang. Tapi aku belum pernah beli. Suka nak carik yang shomel shomel tapi murah. Ya, kalau nak beli barangan persekolahan, perkataan MURAH adalah sangat penting. Biasalah u'olls, Mr. tak kasi $$$$ banyak. Kenalah tau jimat. Lagipun sejak 2 tahun terakhir persekolahan, aku sendiri yang daki tangga Farley untuk membeli barangan persekolahan.

Sekali tertengok #Throwback ni, jadi aku akan memberitahu fakta terpenting mengenai aku ketika hendak memulakan persekolahan setiap tahun.

#1) Memilih pen

Aku biasa memilih beberapa batang pen yang sama warna tapi berlainan bentuk dan jenama. Aspek terpenting yang aku perlukan dalam memilih pen ialah, warna yang terang, keselesaan ketika menggunakannya, dan lebih suka memilih pen yang ada penutup. Tapi had harga yang aku perlukan ketika memilih pen ialah tidak lebih dari RM1.20. Aku jarang ambik pen yang berharga 90 sen sebab kualitinya yang bagi aku tak semengah. Eh? Mengada jugak aku ni rupanya.

#2) Ketika hendak membeli, konfem ada adegan letak balik

Mesti ada yang tak paham adegan letak balik ni. Ayat pun cam berbelit je. Contoh, anda beli 8 batang pen yang mengandungi biru hitam dan merah. Lepas tu anda rembat 2 bijik pemadam sebab selalu terjadi kes pemadam ada kaki untuk berjalan sendiri. Then anda ternampak foolscap paper. Ambik yang paling banyak tanpa kisah pasal harga. Jalan lagi ke depan sikit, nampak sticky notes. Benda ni pun penting. Nak lekat kat buku rujukan atau pun nak buat pedajal kat kawan. Toleh kanan, nampak buku nota kiut-miut. Ambik jugak. Dan nampak kotak pensil, sapu jugakla. Kebiasaannya bagi aku yang boleh tahan kedekut ni, aku akan pergi ke satu sudut dan ambik masa untuk congak kat kepala tentang kos semua barangan yang aku pilih. Congak punya congak, lebih RM30. Ini takleh jadik. So, kena letak balik beberapa item. Jadi yang tinggal, 6 batang pen, pemadam kekal 2 sebab seperti tadi, pemadam ada kaki untuk berjalan-jalan, foolscap paper tukar dengan yang cukup-cukup untuk 2 bulan dan berharga murah, buku nota tetap sama, tak mau letak balik sebab dah puas hati dan kotak pensil tukar dengan yang paling murah or else takyah beli. Guna je Angry Bird yang lama. Nampak permainannya? Jadi jangan pernah mengharap aku ini begitu baik hati nak belanja orang. Ada musim je..

Rasanya fakta tu 2 je kot sebab aku sendiri pun dah lupa. Tapi itulah antara fakta menarik mengenai aku. Lamanya aku peram benda ni dalam draf sebab internet connection sangatlah hmph!

Okay, I nak out sebab nak tengok sandiwara rakan alam maya di MukaBuku lebih-lebih lagi soal tak lama lagi sekolah nak buka. Nak tengok sandiwara orang-orang tua yang dah lepas SPM perasan nak mendaftar balik. Pui.

-hati kering-

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak