Kay El Em Jay

Terlintas untuk mencipta entri baru apabila melihat anak jiran baru je balik dari mendaftar untuk kemasukan ke Darjah 1. Lepas ni konfem tiap pagi dengar dia merengek tak abis-abis. Boleh jadi alarm aku engkau ni anak jiran. Kalau dulu setiap kali dia nak pergi tadika waktu tengah hari, suara dia jugak yang bergema di gegendang telinga. Lepas tu, dengar lagi suara dia menangis. Entah apa masalah budak tu. Kalau kena jelingan maut aku, terbelah dua agaknya badan anak jiran tu.

Eh? Tercerita soal anak jiran menangis pula. Lain yang nak dicipta, lain pulak yang jadi. Wahahaha!

Aku selalu dengar pertanyaan yang sama dari Mrs. Bila buka sekolah? Memandangkan aku ni seorang lepasan sekolah, so aku dah malas nak ambik tau bila. Tapi nak tak nak aku kena jugak ambik tau sebab hampir tiap hari sama je soalan. 2 Januari kan? Aku pun tak pasti tapi bila dengar berita, itulah tarikhnya.

Tadinya aku berjalan-jalan di sekitar news feed. Terjumpa satu status ni yang buat aku tergelak besar.

Jam 2 nanti mendaftar masuk form 3 di SMK Baru. Haih tahun 2014 perang PMR. Takut akuuu - feeling afraid
Nampak sesuatu yang pelik? Memang pelik. Setahu aku, 2014 dah tak wujud benda yang namanya PMR. PBSMR tahulah. Inilah ragam yang aku beritahu tu. Dah namanya orang tua yang lepasan SPM, jadi semua yang berkaitan dengan hal semasa mengenai Kementerian Pendidikan dia dah tak mau ambik tau. Nasib aku jumpa status ni. Dengan selambanya aku kenakan dia berganda-ganda.

Gelak jahat. Bayangkan cara Action Kamen ketawa.

Ekceli rasa rindu dah bersaing dengan rasa menyampah. Aku rindu nak buat kerja sekolah tapi aku menyampah nak siapkan kerja sekolah. Aku rindu nak masuk kelas tapi rasa menyampah pulak dengan syllabus. Aku rindu nak pergi library tapi menyampah pulak sebab buku baru tak datang selalu. Sebenarnya aku cukup rindu dengan setiap penjuru sekolah tu especially tangga naik. Punyalah tinggi. Sama ada aku jalan slow-slow atau laju-laju, tahap keletihan memang sama. Tapi lagi super letih bila laju-laju la. Mengah jugak la lagi-lagi aku yang menternak lemak ni.

Dan the most menyampah part bagi aku kat sekolah tu ialah bila kat lobi. Ada pulak spotcheck! Halo, aku ni budak baik. Jarang bawak benda terlarang. Eh? Aku sebut jarang ke tadi? Adala jugak aku langgar tapi tak selalu tau aku break the rules. Kenangan aku ketika aku terlewat datang ke sekolah adalah yang paling segar dalam ingatan aku. Hampir je aku kena dengan cikgu disiplin yang paling ramai haters kat sekolah. Masa tu bukan aku saja-saja lewat. Tapi Maxis tu yang carik gaduh dengan aku. Takyah la citer panjang. Buat sakit hati je. Nasib baik aku tak kena hukum turun naik anak tangga yang ada 23 anak tangga tu. Pedih lutut ni hah.

Wokay. Malas nak menaip lagi. Citer Nama Aku Beng ni dah mula. Best lak. Tata.

-kering-

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak