Sweet 17 :3

Genap sudah 17 tahun. Begitu lama aku menunggu untuk sandang title 17 tahun ni. Tapi aku cuma berpeluang memegang 17 tahun ini untuk tempoh yang singkat saja kerana tahun depan orang sudah menggelarkan aku sebagai anak muda 18 tahun. Cepat betul masa berlalu.

Sigh.

Ketika aku duduk bersama Puan Mama sam
bil kedua-duanya fokus kepada game Pou dan Pecah Gula-gula Saga, Puan Mama mengajukan satu pertanyaan kepada aku. "Khamis kan hari ni?" Aku jawab ya. Aku faham maksud pertanyaan itu. 17 tahun yang lalu, tepat pukul 1615 aku dilahirkan di Hospital Daerah Lawas, tempat asal Puan Mama sebelum berhijrah ke Bintulu mengikut Inche Bapa. Katanya dulu, pada pukul 12 tengah hari itu dia sudah merasa tanda-tanda untuk melahirkan. Nampak sangat aku gelojoh nak keluar. Sian mak aku :)

Gelak keji.

Sebenarnya, jangkaan doktor untuk aku adalah pada 25 Disember. Alhamdulillah, aku tak perlu kongsi hari dengan perayaan agama lain. Aku terima seadanya. Lagipun aku nampak comel je selalu walaupun lahir awal bulan Disember. Wehehehe.

Ketawa.

Payah bebeno nak update blog masa ni. So aku tinggalkan blog ni dengan gambar kek dan aku yang sedang potong kek :)





Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak