#Throwback : Cikgu BM paling garang

Aku tak tahulah sekarang ni aku ada masalah mudah terkejut sampai tersedak biskut. Sedang enak aku berjalan-jalan sekitar MukaBuku, aku menerima satu friend request. Kebiasaannya aku buat tak peduli dengan request tu. Pelik-pelik je manusia. Tapi kali ni aku merasakan sesuatu yang aneh di sebalik friend request tersebut. Cik Mira. Bila aku tenung betul-betul, macam kenal muka manusia 3 orang ni.

Cuba meringankan jari, aku klik nama tu. Jeng! Akaun cikgu BM Form 3! Terasa jantung berdegup kencang! Tersangat kencang! Dan persoalan yang bermain di minda.... Sejak bila pulak cikgu ni dah tukar angin?! Seingat aku dulu, katanya dia tak layan social media ni semua? Sekali godek-godek FB, eh dah ada FB since 2010 dah?

Ok ok, husnudzon nina... Mungkin anak cikgu yang nama Mira punya FB. Mak dia tumpang sekaki jugak. Buat aku rasa neves je nak confirm tapi nak tak nak tekan je Accept Friend Request. Tetap jugak aku tak puas hati dari mana dia dapat FB aku ni. Serentak dengan itu macam-macam kenangan bersama cikgu ni bermain di layar minda.

Cikgu Sabariah. Pertama kali aku kena hukum dengan dia adalah di mana dia meminta kami untuk menyalin satu set karangan dan hantar sebaik saja lepas cuti. N aku terlupa bahawa dia ada suruh hantar. Aku memang dah siap. Tapi aku rasa mungkin aku tak tumpukan perhatian untuk mendengar arahan yang satu itu. Pagi itu, semua orang hantar kecuali aku dan seorang lagi klasmet lelaki. Kitaorang diminta berdiri di pintu kelas. Malu giler doh pada klasmet lain. Sejak dari itu aku langsung tak nak buat apa-apa salah pada cikgu ni. Sakitnya rasa mendengar kata-kata yang menusuk jiwa.

Bukan tak biasa kena marah dengan cikgu tapi inilah kali pertama aku berazam pada diri sendiri untuk tak lagi mengulang kesilapan aku. Cikgu ni semacam ada aura yang boleh membina tapi dalam masa yang sama ada aura membunuh melalui kata-katanya. Dia cakap biasa je. Tak jerit-jerit macam cikgu lain. Suara dia lantang dan cukup jelas untuk difahami. Jadi bila dia menegur faham-faham sendiri sajalah. Betapa sakitnya lubang telinga nak dengar.

Dalam menegur, dia suka menyindir. Jadi semua orang terasa lubang hidung diacukan pistol. Tunggu masa je nak kena tembak. Memang kelas aku waktu tu rasa macam dalam kegelisahan setiap kali dia masuk. Tapi dalam tegas-tegas dia, kami akui dia memang antara guru terbaik yang pernah kami ada. Bila dia bagi nasihat, nasihat dia memang kekal terngiang di telinga sampaikan masa Form 5 pun kami rasa kami perlukan dia untuk menyedarkan kami bahawa SPM dah makin dekat. Tengok je masa Form 3, ramai orang taubat sebab dia. Tapi naik Form 4, dah hilang dah. Sebab dah dapat cikgu lain. Beliau sendiri pun dah berpindah sekolah.

Rasanya lepas ni boleh je tepek satu kat wall dia mintak bagi syarahan supaya menginsafi diri. Dah meningkat dewasa ni tak boleh jugak buat ikut suka hati je. Itupun kalau aku sanggup je nak tegur cikgu ni. Nak terima request dia pun dah berderau darah sampaikan jantung berdegup kencang, entah-entah nak tegur cikgu ni pun aku dah pengsan kott. Begitulah aura kegarangan dia.

*Rasanya tahap kegarangan mak aku n cikgu ni lebih kurang sama je kot*

Seriyes ini memang seram. Sampaikan aku rasa dah tak nak buat status pelik kat FB dah lepas ni. Kang ada cikgu ni nampak kena sebijik kat mata. Amboi melampau sudah. Kena pura-pura rilek je on fb lepas ni. Post Ya Hanana je kat FB. Trend terbaru aku. Best pulak lagu ni. *Sambil berusaha untuk membuang rasa gerun*

Dah. Babai.


-hati kering kontang-


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak