#Throwback : Zaman sekolah 2013

Ni yang aku malas. Masa tak ada masa nak update, macam-macam benda nak dikongsi kat blog. Dah ada kesempatan, idea lak hilang. Payah betul. Letih la nak korek kepala otak cerdik bijaksana ni.

5 jam kemudian....

Okeylah, aku rasa nak throwback. Tak nak imbau kenangan 11 tahun lepas. Ambik yang 2013 je. Takut nanti 8 jam aku menghadap keyboard sampai tak sedar kerja rumah berlambak. Kepada rakan-rakan seusia dengan aku, silalah mula mengimbau kenangan yang tak berapa nak lama ni.

Rasa macam duduk form 4 cuma untuk 6 bulan je, tahu dah masuk Form 5. Nak SPM (sekarang dah lepasan SPM :D) dah pun. Memang diakui masa awal-awal tu suka sangat main-main. Tak serius. Fokus bila nak aje. Bila dah dekat baru fokus dan tiba-tiba kekesalan bertandang di hati.

Keluar dah bunga ayat.

Sebulan tempoh peperiksaan SPM nampak macam panjang tapi sebenarnya tersangatlah pendek masanya. Sesiapa yang dah baca post lama mungkin ingat apa yang Puan Mama tembak kat aku. Rilek die je tembak aku. Macam slumber je..

Ehem.

Aku tak ingat paper apa yang aku ambik masa tu tapi aku ada jugak beritahu Kakak Mongol yang sekejap je dah nak abis SPM ni. Tak silap aku dia jawab dalam keadaan yang teramatlah selamba sampai aku ingat ke hari ini di saat ini."Lepas tok hidup sikda perjuangan. Aku hidup untuk belajar jak..."



Tumbuk dinding. Papan je pun. Tragislah kalau batu.

Akhirnya berjaya jugak siap post kali ini. Atas permintaan peminat (lah sangat), aku sudi jugak luangkan masa untuk update blog buruk aku ni.

Insya-Allah akan ada lagi #Throwback ni. Selagi aku bernyawa, maka akan ada post yang seterusnya. Sekian terima kasih.

Makan. Om nom nom nom~

-hati kering-


Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak