Aku yang ter'speeding' atau apa?

Ramalan kaji cuaca kata hujan akan berterusan hingga ke bulan 3. Bila pulak kain aku nak kering ni. Orang dalam rumah ni kurang suka pakai kain yang tak panas. Mungkin aku boleh sidai dalam oven kot. Eh?

Lama dah tak menulis. Tapi jari masih lagi okey. Hari-hari pergi kelas. Makin hari makin boring pulak aku belajar Microsoft Excel. Macam-macam teknik sampai otak aku pun jammed. Syukurlah komputer tu bukan aku punya. Kalau tak dah lama aku hempuk guna kerusi. Formula pulak ntah apa-apa. =-PMT bla bla bla. Tak tau pulak aku yang Excel boleh jadi serumit itu. Ni kepala pencipta Microsoft la ni yang suka menyusahkan orang. Ringkas-ringkas dah la. Aish!

Aku bermula pada 6 Januari yang lalu. Bayar 1st payment RM252. Lepas tu, belajar punya belajar ikut sebijik sebijon dalam buku, (aku dah post gambar hari tu kan?) tiba-tiba! Hari Khamis dalam minggu yang sama aku dah tamat Microsoft Word. Aku pun terkesima. *buat muka terkejut* Masak aku! Balik rumah ni mesti pergi ke meja bujur. So, bila aku beritahu pada Mr n Mrs, mereka pun terkejut sampai tersedak air panas. *macam betul je cerita aku* Terpaksalah aku tadah telinga dengar syarahan. "Kau ni yang laju sangat apasal?" "Slow sikit" Yang jadi mangsa, aku. Memandangkan yang sponsor aku ni ialah MakSedara Sdn Bhd, cepat-cepat aku SMS untuk inform dia yang aku dah habis. Sama macam Mr Mrs, dia pun terkejut tapi tak pulak dia marah. Rilek je dia cakap, "esok ngah kasi duit. Sambung untuk yang seterusnya." Eh? Memang serupa macam mesin ATM lah dia ni.

Esoknya, bayar lagi RM253. Dapat 2 buku. Excel dengan Powerpoint. Sekarang ni aku tengah dalam proses menghabiskan Excel. Tapi aku main-main je. Sebab tak nak kasi dia habis cepat. Membazir duit je. Lagipun pada hari pertama aku belajar Excel, aku dah sampai setengah buku. Kena lagi dengan Mr. Mrs. Free je kena ceramah. Sabar jelah... Disebabkan aku tak nak kasi Excel habis cepat, aku sentiasa cari alasan untuk PONTENG! Tadi pun aku ponteng jugakkk! *korek hidung* Mr ada hal. Jadi aku tak nak ganggu urusan so aku putuskan untuk tak payah turun.

Itu jelah. Lepas ni aku korek lagi isi kepala supaya rajin menulis. Tak adalah aku sibuk sangat. Cuma malas nak meriba lappy je. Tata :3

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak