Cutiku akan berakhir! Argh!

Ingatkan dah jadi SPM leaver ni boleh la senang sikit jiwa nak membaca novel. Keinginan nak melepaskan rindu dendam ni selalu je terbantut. Dahlah dalam waktu aku jadi lepasan ni aku cuma berpeluang untuk baca 3 buah je. Lepas ni, dah kena sekolah balik. Jari ni dah kematu pulak nak pegang pen. Buruk giler tulisan kalau Mrs suruh list barang yang nak dibeli.

Ekceli, tadi aku telah ke pusat latihan komputer. Baru hari ni register. Sepatutnya minggu-minggu yang lepas dah. Tapi MakSedara pulak busy. Bila dia ajak keluar, bukannya cun hari office buka pun. Hari Ahad. Manalah ada pusat komputer yang buka. Pelik aku. Tapi sekarang ni dah sahlah yang aku dah register. Ingat nak ambik 2 subjek je. Microsoft Word dengan Excel. Tapi bila MakSedara nampak yang full package, dia suruh aku ambik semua 4 subjek tu. So ada Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan Access. Terpaksa bagi amaran awal kepada otak supaya fokus dan boleh habis 2 subjek dan ambik exam bulan 3 nanti. Kelas tu nanti akan mula pada Isnin ini, 6 Januari. Aku ambik kelas pada pukul 8-10 pagi. Tak nak ambik yang pukul tengah hari dan seterusnya. Takut tak ada orang hantar kalau pada hari genap. Kalau ikut, taklah jauh sangat dari rumah. Tapi, boleh tahan jugaklah jalan kaki nanti kalau sekiranya tak ada orang ambil. Tak ada orang ambil aku tak kisah. Takut nanti tak ada orang hantar, mampus aku. Gila kena turun awal untuk ke kelas tu. Risau pulak aku dengan jadual Mr sekarang ni. Kadang-kadang seawal 3 pagi dah kena menapak ke Kidurong tu. Pening pening.

Hmph, jadual waktu untuk aku kemaskan rumah lepas ni akan bermula seawal 6 pagi. So maksudnya, malam tu aku dah kena cuci semua kain-kain yang ada dan pagi tu aku cuma perlu sidai dan tak perlu kisah tentang apa-apa lagi. Masak pun kena awal jugak kot ataupun Mrs kena tunggu aku sampai dulu baru boleh ke dapur. Tak boleh suruh dia sorang-sorang. Takut nanti entah apa yang jadi. Dia memang dah semakin sihat sekarang. Mungkin sebab tiap hari ada orang teman dia kat rumah kot. Sebelum ni kan dia sorang je tinggal. Mr balik pukul 12 tapi lepas tu pukul 2 kena masuk kerja balik. Aku ni pulak dulu selalu je lewat balik sebab ada kelas. Aku salahkan kelas la sebab aku kena balik lewat. Hahaha.

Tak habis lagi cerita aku ni. Dah dapat buku untuk subjek pertama. Belajar Word dulu. Aku pelik jugak dengan pusat komputer tu. Sekarang ni jarang dah pakai komputer yang lama-lama zaman 2000 tu. Aku pun ada komputer macam tu. Ala, yang pakai disket tu. Masa tu belum ada pendrive macam sekarang. Tapi program komputer aku yang dulu tu Windows 98. Sekarang ni, Windows 7 8 9 lagi dah ada. Komputer sekarang ni pun guna skrin nipis je. Tak nak tukar ke? Dia kenakan bayaran RM100++. Tak kan tak nak tukar kot. Tapi tadi ada bagi pendrive jugak. Mungkin CPU je tukar agaknya. Benda yang aku nampak dalam buku tu adalah cara-cara nak menaip word. Cipta bentukla. Kelakar tapi nak buat macam mana. Ilmu jugak. Orang kata sijil komputer penting kalau nak apply kerja. Boleh tahan tercekik jugak aku dengar 1st payment untuk kursus tu tadi. RM255. Ada 3 kali payment yang menjumlahkan semuanya sebanyak RM760. Kalau ada orang campak duit sebanyak tu kat aku, aku beli henfon sebijik. Rasanya harga Xperia RM700 kot. Dapatla henfon canggih manggih sebijik. Takpun aku simpan. Boleh beli makanan ke, selipar ke, baju ke, tak kisahlah apapun.

Lepas ni ramaila kawan baru. Boleh tambah kawan kat Facebook. Kata pengajar tu tadi, ada ramai jugak SPM leaver macam aku mendaftar. Tak sabar jugak tunggu hari Isnin. Hihihi. Kena praktis bercakap Inggeris ni. Tengok buku dia pun cakap Inggeris. Kena bercakap ala-ala Jamie Oliver. Eh? Hahahaha.


4 buah novel yang berbaris untuk di baca. 


Buku untuk kursus komputer.

Hari ni ramai yang dah pergi PLKN. Gudluck untuk mereka yang bertuah. Jadilah wirawan dan wirawati yang berani, gigih, tabah dan tak berputus asa. Kuatkan semangat dan itulah pengakhirannya post kali ini. Tata.

-hati kering-

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian