Penglipur lara sepi

Entry ini hanya singkat.

Untuk meluahkan rasa rindu aku kepada mereka. Aku tak tahu kepada siapa untuk aku luahkan semua ini. Aku mencari dia tetapi dia pula tiada. Lesap begitu saja. Biarkan saja mengenai itu. Aku sudah tawar hati untuk mengetahui perkara sebenar.

Mungkin inilah yang akan terjadi nanti. Lebih-lebih jika aku ini kekal di sini dan mereka pula sudah jauh mengejar cita-cita. Pasti aku luput dari ingatan mereka. Lagipun, siapa aku untuk diingati.

Baru seketika berpisah, lihat saja apa yang terjadi. Masing-masing sudah lupa. Lalu untuk apa aku menanti seolah penglipur lara yang menanti kisah terbaru untuk dilagukan kepada dunia?

Biarkan, biarkan berlalu di bawa angin lalu. Lupakan aku yang berada di sini. Selamat jalan.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian