Rindu Fish

Fish. Seutas rantai kunci bentuk ikan warna merah. Kalau dulu, Fish aku letakkan di beg sekolah. Selalu jadi bahan usikan rakan sekelas but aku tak kisah. Wahahahaha. Fish ni digelar oleh sorang makcik yang jadi tukang beri hadiah kepada aku. Sekarang, Fish aku gantung di zip poket beg aku yang dikhaskan untuk jalan-jalan. *Sebenarnya tu je beg aku. Hehehe* Selama ni, aku terlupa tentang kewujudan Fish. Baru tadi aku jumpa Fish semula. Fish dah tertimbus bersama harta karun yang ada dalam beg tersebut. *Nampak sangat malas nak kisah pasal beg*

Secara tak sengaja, aku teringat semula pada sang pemberi Fish pada aku dahulu. Aku jugak ingat tarikh hari yang aku terima Fish. Itulah pemberian pertama dari lelaki. Selama ni yang bagi hadiah cuma kaum Hawa je. Teringat tentang request yang pernah aku ajukan kepada dia. Aku mintak rantai kunci. Betul-betul dia bagi. Aku main-main je.

Sekarang ini, aku dah tak berhubung lagi dengan pemilik sebenar Fish. Berikutan dari satu perkara, aku dah tak nak lagi berhubung dengannya. Dalam kata lainnya, masih kecil hati. Tapi aku sangat sayang pada Fish. So, aku akan jaga Fish dengan baik sama macam aku jaga pemberian dari yang lainnya.

Rindu Fish :')

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak