Posts

Showing posts from February, 2014

Aku nak apa sebenarnya ni?

Sudah masuk bulan ketiga cuti aku lepas habis SPM ni. Memegang profesion penganggur terhormat membuatkan aku rasa sedikit kosong. Seperti kata rakan aku, ada masa tapi tiada kerja, ada kerja tapi tiada masa. Apabila berbual dengan rakan lama, membuatkan aku terkenang saat masih bergelar seorang pelajar. Imbasan kenangan selama 11 tahun. Aku bermula dari seorang anak kecil yang pendiam dan hanya mengenali ibu bapanya. Kemudian masuk ke sebuah prasekolah dan mula mengenali beberapa orang yang mana persahabatan tersebut masih kekal setelah 12 tahun lamanya. Akhirnya kini, aku sudah bergelar belia. Yang diharapkan mampu menjadi pengganti kepada ibu bapa untuk membina masa depan yang lebih cerah di kemudian harinya. Bercerita soal masa depan, sehingga kini aku masih kabur tentang apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku. Ketika kecil, aku mahu menjadi guru. Cita-cita itu bertahan lama sehinggalah aku tertarik pada satu profesion ini, pegawai kastam. Namun setelah berkira sendirian, …

Hancur komputer orang

Image
Peperiksaan komputer dah semakin dekat. Menghabiskan latihan dah macam orang gila. Silap sikit, darjah kemarahan sangat mudah naik mendadak. Lebih-lebih lagi ketika menyiapkan latihan excel yang ntah ada berapa set lagi yang tinggal. Sampaikan terpaksa rushing 4 hingga 5 set dalam tempoh 2 jam.

Ketika tersilap, memang marah. Tapi tak kan nak balun komputer tu pulak. Tanpa sengaja, ketika menaip dalam keadaan marah, tertekan spacebar kuat sangat. Tarrrr! Orang sebelah dah pandang aku semacam. Buat je muka tak tahu. Cikgu pun tak kisah. Kerap kali jadi macam tu. Masuk hari ni, dah hari keempat. Rasanya dah lebih dari 20 task yang aku siapkan.

Kesabaran aku kali ini memang betul-betul teruji. Memang betul-betul kena banyak bersabar. Kena ambik sedikit masa untuk tengok balik apa yang dah ditaip pada skrin komputer untuk memastikan tiada masalah silap taip atau silap letak data. Kalau satu data silap key-in, satu set tu memang konfem rosak. Ni yang buat sakit jiwa kalau belajar Excel ni.

Kamek Miak Sarawak. Kitak?

Image
Kalau ikut hati, malas aku nak post benda yang berkaitan kenegerian ni tapi disebabkan sakit pulak hati aku ni, aku post jugakla k? Sila baca amaran di bawah!

Amaran

Jika anda punya masalah dengan post ni, sila cepat-cepat tinggalkan blog ini. Adalah dirisaukan sekiranya anda akan rasa sakithatipada saya. Post ini hanyalah untuk mengajar SEMUA ORANG. Sekian, thank you! Lepeh. Sebenarnya aku sendiri pun baru tahu apa benda yang digelar lepeh ni. Maklumlah, aku ni pun bukanla pure Sarawakian sangat. Ada berdarah Sabahan jugak sikit. Jadi pengetahuan aku mengenai bahasa Sarawak yang dalam-dalam ni aku memang fail. Lepeh itu lipas. OOO, saya baru tau.

Baik, mengapa tiba-tiba nak bincang soal lepeh a.k.a lipas ni? Sewaktu sedang seronok melayari tenet sambil duduk depan kipas, aku terjumpa satu screen shot. ini dia


Aku hanya tertawa sendiri tengok benda ini. Baguslah, nampaknya orang kita masih ada rasa sensitif dalam diri. Tapi masalahnya, bila dah over sensitive, inilah jadinya. Kalau nak …