Hancur komputer orang

Peperiksaan komputer dah semakin dekat. Menghabiskan latihan dah macam orang gila. Silap sikit, darjah kemarahan sangat mudah naik mendadak. Lebih-lebih lagi ketika menyiapkan latihan excel yang ntah ada berapa set lagi yang tinggal. Sampaikan terpaksa rushing 4 hingga 5 set dalam tempoh 2 jam.

Ketika tersilap, memang marah. Tapi tak kan nak balun komputer tu pulak. Tanpa sengaja, ketika menaip dalam keadaan marah, tertekan spacebar kuat sangat. Tarrrr! Orang sebelah dah pandang aku semacam. Buat je muka tak tahu. Cikgu pun tak kisah. Kerap kali jadi macam tu. Masuk hari ni, dah hari keempat. Rasanya dah lebih dari 20 task yang aku siapkan.

Kesabaran aku kali ini memang betul-betul teruji. Memang betul-betul kena banyak bersabar. Kena ambik sedikit masa untuk tengok balik apa yang dah ditaip pada skrin komputer untuk memastikan tiada masalah silap taip atau silap letak data. Kalau satu data silap key-in, satu set tu memang konfem rosak. Ni yang buat sakit jiwa kalau belajar Excel ni.

Aku akan menduduki peperiksaan pada 28 Februari ni iaitu pada hari Jumaat. Sebab tu aku terpaksa rushing untuk habiskan semua latihan. Ni semua silap sendiri yang suka sangat cakap lepas. Aku tak sengaja cakap pada mesin ATM yang aku boleh habiskan revision Microsoft Word dalam tempoh yang singkat. Akhirnya, apabila mulut yang rilek ni, terpaksa jadi orang gila untuk habiskan Microsoft Word dan Excel dalam tempoh sebulan! Bila fikir balik, kenapalah aku setuju nak ambik 2 exam sekali dalam tempoh sehari?

Kalau rujuk jadual yang dah diberikan, aku akan bermula pada 0830 hingga 0930. Then berehat sejam. Mula exam kedua pada 1030 hingga 1130. Semuanya kerana aku telah dicabar untuk mendapatkan 1st class certificate! Oklah, nak lawan sangat... Ok no prob auntie....

Petang-petang macam ni pun kena belek buku jugak. Ingatkan lepas SPM boleh berhenti sekejap baca buku. Ingat nak baca novel je memanjang. Rupanya, tidak kesampaian hajatku.

Harap maaf lama tak update. Asyik update revision komputer je, mana sempat nak update yang satu ni. K, tata :)



Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak