Hantu pun tak nak mengaku saudara!

Aku ni bukan la kaki kenduri sangat. Kalau tak kerana orang ajak,jangan harap la aku nak datang. Lagipun aku malas nak dengar sesi anyaman ketupat dalam kalangan para mak cik mak cik yang sudah pasti selalu kembali dengan pelbagai cerita yang panas lagi meletup.

Alkisahnya di sini, aku telah diajak untuk pergi ke majlis hari ini. Memang diketahui, kalau dah nama hujung minggu, ramai yang payah nak bangun awal. Macam aku. Tapi aku tetap jugak bangun sebab aku ni bibik. Semua kerja pun aku yang buat.

Setelah siap semuanya, aku siap-siap pakai baju kurung. Jam dah pukul 9. Janjinya nak pergi pukul 9. Tapi aku sabar je sebab ni kan janji Melayu. Sabar jelah aku tunggu kat rumah.

Terpaksa tunggu lama punya lama... Tak ada jugak. Haish, takleh jadik ni. Call tak angkat. Ini boleh mendatangkan marah ni. Akhirnya, aku terima satu panggilan. Cancel?! Hey, letih aku tunggu dengan baju kurung aku ni.

Tak pernah tengok aku naik hantu kan? Kalau aku naik hantu, hantu pun tak mengaku sedara! Jadi aku dah rancang sesuatu. Aku tak nak jalan dengan dia selama 2 minggu. Protes besar-besaran. Tua tak tua aku tak kisah. Suka sangat berjanji kan? Rasa ni. Jangan ingat diam aku yang suka menurut ni tak ada apa-apa. Biar tau sikit macam mana nak hormat masa orang.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian