Kamek Miak Sarawak. Kitak?

Kalau ikut hati, malas aku nak post benda yang berkaitan kenegerian ni tapi disebabkan sakit pulak hati aku ni, aku post jugakla k? Sila baca amaran di bawah!

Amaran

Jika anda punya masalah dengan post ni, sila cepat-cepat tinggalkan blog ini. Adalah dirisaukan sekiranya anda akan rasa sakithatipada saya. Post ini hanyalah untuk mengajar SEMUA ORANG. Sekian, thank you!
Lepeh. Sebenarnya aku sendiri pun baru tahu apa benda yang digelar lepeh ni. Maklumlah, aku ni pun bukanla pure Sarawakian sangat. Ada berdarah Sabahan jugak sikit. Jadi pengetahuan aku mengenai bahasa Sarawak yang dalam-dalam ni aku memang fail. Lepeh itu lipas. OOO, saya baru tau.

Baik, mengapa tiba-tiba nak bincang soal lepeh a.k.a lipas ni? Sewaktu sedang seronok melayari tenet sambil duduk depan kipas, aku terjumpa satu screen shot. ini dia


Aku hanya tertawa sendiri tengok benda ini. Baguslah, nampaknya orang kita masih ada rasa sensitif dalam diri. Tapi masalahnya, bila dah over sensitive, inilah jadinya. Kalau nak rasa sakit hati, biarlah berpada. Come on geng, dah 57 tahun merdeka tak kan masih lagi tak puas hati dengan keputusan orang dulu kot? Sila tengok globe. Tengok betapa keciknya kita jika dibandingkan dengan negara lain yang punyalah besar giler kawasannya. Tak rasa kita ni TERLALU ISTIMEWA ke? Kalau tak ada Malaysia, kita tak akan rasa ada begitu banyak bangsa yang ada dalam satu negara. Kalau digabungkan dengan Singapura dan Brunei, lagilah besar! 

Sentiasa bertuah dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Yang menghina, tolong hentikan! Yang dihina, jangan membalas. Inilah masalah kita. Bila dah kena satu hal, dah serupa bom atom ayat yang dikeluarkan. Tak boleh ke kita nak diam sebentar dan buat tak tahu? Kalau dah reda masalah, jangan susah-susah nak bukak lagi. Banyak lagi hal yang boleh mendatangkan faedah kepada diri, keluarga, bangsa, negara dan agama malah kepada DUNIA!

Kan dah marah ni! Jadi, tak kiralah anda asal mana dan anak siapa serta berbangsa apa, sentiasa rasa suka nak berkawan. Tak perlu bermusuh. Kita hanya terpisah dek Laut China Selatan je. Masih ada kapal terbang yang boleh menghubungkan kita. Kan?
Jadi, apa lagi? Mari kita berkawan baik hingga ke sorga!


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian