Posts

Showing posts from March, 2014

Seloka 5KAA

Assalamualaikum kami hulurkan
Harap disambut dengan senyuman
Semoga diberkati dgn keredhaan
Agar bahagia kekal berkekalan.Ini alkisah kami semua
Bersatu dlm sebuah keluarga
18 puteri 5 putera
Bersama wali kelas yang bijaksanaCikgu Mardhiah wali kami
Dengarnya pula sudah dimiliki
Mengajar kami subjek Biologi
Oh cikgu, terima kasih dari kamiAffendy menjadi ketua kami
Harinya kosong jika tak usik kami
Menyebut cipan menjadi hobi
Tak kenal cipan, pergila 'Wiki'Nurlaila Othman semanis namanya
Dilantik menjadi assistant 5KAA
Orang KL menjadi gelarannya
Sungguh rajin dan bijaksanaHitam manis si Nuramilea
Anime dan komik memang minatnya
Setiap Jumaat 50 sen harus sedia
Jika tak mahu mendengar suara lantangnya.Nur Izatul adik bongsu kami
Biarpun bongsu otaknya berisi
Ketua keceriaan memang begini
Begitu cantik kelas kamiNur Ainina suka berkongsi di blognya
Jawatan ketua kebersihan mjadi miliknya
Walaupun begitu dia sering terlupa
Almaklumlah orangnya mudah lekaAlif Syafiq pendiam orang…

Menuju chapter yang seterusnya

Keputusan SPM dah hampir seminggu didedahkan. Keputusan STPM pun dah seminggu didedahkan. Dengar khabar Cik Sepupu dapat 4P. Tahniah tahniah sambil tepuk tangan. Puan Mama selalu paksa aku pi SMS Cik Sepupu untuk bertanya. Sebagai seorang yang serba-serbi blur, aku menyoal semula Puan Mama. "Nak tanya apa, mak?"Bukan jawapan yang aku dapat, sebaliknya cubitan pula yang hinggap di pipiku yang tembam dan berharga ini. "Tanyalah apa yang kakak kau tu apply. Kenapalah kau blur sangat ni? Tak payah nak malu. Menakan kita jugak..."Cakap senanglah mak. Nak buatnya susah. Bukan aku tak nak tanya, tapi tak kan lah aku saja-saja tanya je. Kena ada isi yang bermanfaat di sebalik pertanyaan tersebut, kan? *Ada macam rupa orang yang dah matang tak?* Jadi aku menunggu masa yang begitu sesuai. Walaupun terdapat tolakan-tolakan keras dari Puan Mama supaya mempercepatkan pertanyaan soalan buat Cik Sepupu. Akhirnya, semalam aku mengalah jua. Ok fine. Disebabkan Puan Mama terlalu ing…

Ya saya tahu

Whoa! Khamis ni result SPM out! Debaran di dada seolah jantung nak keluar dari dada. Ada yang sampai tak lalu makan, tidur tak lena, dalam mimpi pun teringatkan result, serta asyik meng'update' status pasal result. Peluh besar. Tapi, suasana ni buat aku bosan pulak. Disebabkan semua calon SPM 2013 ni dah nervous, aku pulak yang dah tak nervous sekarang. Nervous aku dah berpindah ke dada orang lain. Orang yang sudi menumpanglan nervous aku tu adalah............................. Mak aku :DGelak keji. Dia pulak yang terlebih. Sedangkan aku? Buat derk aje. Buat rutin harian seperti biasa. Pergi kelas komputer seperti biasa. Menguap dan menguap.  Feelingless. Meaningless. Eh. Gelak guling-guling ala filem hindustan. Buka FB, penuh dengan status yang menyatakan perkara sama. Buka Instagram yang berhabuk tu pun sama jugak. Wahai. Pening ah! Kang buka inbox kat phone pun cerita tu ada sekali. Oh my jemu.Nasib baik apabila aku melakukan lawatan ke Indah Boutique tak ada kisah pasal SPM…

Allah Sedang Peduli

Sudah lama tak lawat blog ni. Kesibukan dan kekurangan idea sangat mempengaruhi kekerapan untuk bercerita. Baru sekarang aku punya masa untuk duduk dan menulis. Kalau dulu, aku hanya punya ibu yang menghidap penyakit buah pinggang dan kurang berupaya untuk bergerak. Agak lemah dan perlu dibantu. Sekarang, ayah aku juga strok dan mempunyai masalah jantung. Baru saja discharge dari hospital pada Ahad lalu.Bukan mengeluh, bukan mengesali apa yang telahpun terjadi. Hanya aku akui, keletihan aku semakin bertambah dan aku risau kalau-kalau aku tidak berlaku adil dan layananku agak kasar terhadap mereka. Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku sedemikian. Setiap kali aku membantu, ibu pasti akan mengasihani aku dan berkata sayu hingga menghadirkan titisan air mata di pipi. Kerana mereka, aku semakin kuat dan semakin berusaha untuk memenuhi keperluan kedua-duanya. Ayah telah aku larang untuk bergerak dengan aktif berikutan terdengar rungutannya bahawa tangan kirinya agak lemah. Bibir ba…