Menuju chapter yang seterusnya

Keputusan SPM dah hampir seminggu didedahkan. Keputusan STPM pun dah seminggu didedahkan. Dengar khabar Cik Sepupu dapat 4P. Tahniah tahniah sambil tepuk tangan.

Puan Mama selalu paksa aku pi SMS Cik Sepupu untuk bertanya. Sebagai seorang yang serba-serbi blur, aku menyoal semula Puan Mama.

"Nak tanya apa, mak?"

Bukan jawapan yang aku dapat, sebaliknya cubitan pula yang hinggap di pipiku yang tembam dan berharga ini.

"Tanyalah apa yang kakak kau tu apply. Kenapalah kau blur sangat ni? Tak payah nak malu. Menakan kita jugak..."

Cakap senanglah mak. Nak buatnya susah.

Bukan aku tak nak tanya, tapi tak kan lah aku saja-saja tanya je. Kena ada isi yang bermanfaat di sebalik pertanyaan tersebut, kan? *Ada macam rupa orang yang dah matang tak?*

Jadi aku menunggu masa yang begitu sesuai. Walaupun terdapat tolakan-tolakan keras dari Puan Mama supaya mempercepatkan pertanyaan soalan buat Cik Sepupu. Akhirnya, semalam aku mengalah jua. Ok fine. Disebabkan Puan Mama terlalu ingin untuk melihat aku berkecimpung dalam bidang perubatan dan sewaktu dengannya, maka dia telah menyuruh aku untuk SMS Cik Sepupu.

Pernah dulu, selepas Cik Sepupu dapat keputusan SPM, Cik Sepupu dan rakannya pergi ke temuduga farmasi. Apabila aku teringatkan mengenai perkara itu, maka aku pun mengalah dengan permintaan Puan Mama dan akhirnya sampailah satu mesej ke Cik Sepupu. Juga dalam masa yang sama, Puan Mama begitu mengagumi profesion sebagai Pegawai Imigresen. Yang dia suka tengok tu cuma uniform je... Maka aku pun diminta untuk apply SPA.

Boleh, boleh. Nak apply jadi Tukang Sapu pun boleh. Tapi masalahnya sekarang, simcard berukband tak ditemui di mana-mana!!!! Jenuh jadi Hulk, angkat-angkat sofa mana tahu tercicir. Last aku tengok benda tu, dia kat atas sofa sebab masa tu aku guna simcard tersebut dalam henfon aku. Lepas aku siap guna, aku bukak balik sebab nanti mana tahu ada panggilan kat simcard henfon yang sebenar.

Nak mintak tolong Inche Bapa, takut dia naik angin sebab sekarang ini mood Inche Bapa seperti lalang. Aku saspek benda tu terbenam dalam sofa. Nak umpil sofa tapi karang hancur pulak sofa tu. Lebih selamat jangan buat.

Sekarang ini, aku kena jugak cari akal, macam mana nak dapat balik benda tu. Nak beli, harganya 25 hengget. Duit mana? Adui pening.

Teringin nak menuju ke alam unibersiti tapi macam mana? Nak apply macam-macam tapi simcardnya pulak yang hilang tak berjejak. Huhu...


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian