Seloka 5KAA

Assalamualaikum kami hulurkan
Harap disambut dengan senyuman
Semoga diberkati dgn keredhaan
Agar bahagia kekal berkekalan.

Ini alkisah kami semua
Bersatu dlm sebuah keluarga
18 puteri 5 putera
Bersama wali kelas yang bijaksana

Cikgu Mardhiah wali kami
Dengarnya pula sudah dimiliki
Mengajar kami subjek Biologi
Oh cikgu, terima kasih dari kami

Affendy menjadi ketua kami
Harinya kosong jika tak usik kami
Menyebut cipan menjadi hobi
Tak kenal cipan, pergila 'Wiki'

Nurlaila Othman semanis namanya
Dilantik menjadi assistant 5KAA
Orang KL menjadi gelarannya
Sungguh rajin dan bijaksana

Hitam manis si Nuramilea
Anime dan komik memang minatnya
Setiap Jumaat 50 sen harus sedia
Jika tak mahu mendengar suara lantangnya.

Nur Izatul adik bongsu kami
Biarpun bongsu otaknya berisi
Ketua keceriaan memang begini
Begitu cantik kelas kami

Nur Ainina suka berkongsi di blognya
Jawatan ketua kebersihan mjadi miliknya
Walaupun begitu dia sering terlupa
Almaklumlah orangnya mudah leka

Alif Syafiq pendiam orangnya
Kadang-kala aneh juga
Pensel jatuh mula gabra
Tetapi otaknya sangat geliga

Ameer Fitri nama diberi
Raja Tidur dalam kelas kami
Diam-diam bersandar di tepi
Dia sudah ke alam mimpi

Bila disebut orang kesayangannya
Mulalah senyum hingga ke telinga
Itulah dia Azwan kita
Tak sangka kau mat bunga rupanya

Dayang noor laila tinggi orgnya
Sudahlah tinggi pandai pula
Biarpun gosip dalam tangannya
Namun pelajaran tak pernah dilupa

Kecil-kecil Dayang Nurjazmina
Orangnya kecil comel pula
Ibarat peta rosak bila berkata
Sungguh laju tak terkira

Dayang waffa syafiqah kembali semula
Loceng berbunyi gelaran dirinya
Kami senang mendengar tawanya
Itu tandanya dia gembira

Mengunyah itu memang kegemarannya
Kadang-kala Jasmin terlelap juga
Tanpa disangka bijak orangnya
Terkesima kami melihat keputusannya

Tiada Bollywood dalam kelas kami
Karina Kapper nama dimiliki
Orangnya penyibuk tidak terperi
Memang menguji kesabaran kami

Sekali lihat seperti biasa saja
Sudah rapat macam orang gila
Kerjanya hanya mengganggu saja
Muhammad Muhaimin memeningkan kepala

Kerja membaiki serah kepadanya
Noraini Saini orangnya bersahaja
Segala kerosakan dapat dibaikinya
Patutlah miliki otak geliga

Nur Atikah diam tiada bunyi
Walaupun diam otaknya berisi
Dia ini sungguh misteri
Tak tahu nak kata apa lagi

Dilihat orangnya sungguh selamba
Nurafiqah Rosli nampak tak apa-apa
Bijak berfalsafah walau selamba
Jangan dipandang sebelah mata

Sungguh riuh gadis ini
Bila bercakap tersasul sana sini
Sebut S pun tak reti
Nurfatanah memang begini

Ini dia radio kami
Bila tak bercakap dia bernyanyi
Nurhazwani memang begini
Tanpa dia sunyilah kami

Sering menyendiri tak tahu kenapa
Mungkin masih rindu pada yang lama
Siti Asmah janganlah berduka
Kami ada bersama anda

Sungguh blur tidak terkata
Sunggub pekak bila berbicara dengannya
Siti Mariah menyakitkan jiwa
Tidak diketahui apa sakitnya

Kecatikan dimiliki terletak pada hidungnya
Siti Nursehah sungguh istimewa
Mulutnya laser tak disangka
Terkejut pula bila mendengarnya

Sungguh putih wajah orang ini
Umi Nazira memang begini
Miliki otak bijak bestari
Memang menggerunkan hati ini

Buat terakhir kalinya dari kami
Terima kasih buat guru-guru kami
Ampunkan segala kesilapan kami
Kekallah kalian dalam ingatan kami

Sekian sudah seloka ini
Terima kasih daun keladi
Ampunkan salah silap kami
Semoga kalian kekal Happy

Karya : Hati Kering

Tetiba rasa nak bagi penghargaan kat kawan-kawan, tq buat semua especially Raja Tidur yang mencadangkan aku supaya cipta seloka ni n Alhamdulillah dapat jugak cipta dalam tempoh yang terkejar-kejar. Sempat gak siap. Thanks buat korang yang beri inspirasi untuk aku cipta seloka yang simple je ni. Seloka ni didedahlan di blog atas permintaan Cik Hairainie yang tak sempat nak beli majalah sekolah. Kesian ko! Wahahaha k aku nak tengok Fear Factor. Nas-T!

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak