Ya saya tahu

Whoa! Khamis ni result SPM out! Debaran di dada seolah jantung nak keluar dari dada. Ada yang sampai tak lalu makan, tidur tak lena, dalam mimpi pun teringatkan result, serta asyik meng'update' status pasal result.

Peluh besar.

Tapi, suasana ni buat aku bosan pulak. Disebabkan semua calon SPM 2013 ni dah nervous, aku pulak yang dah tak nervous sekarang. Nervous aku dah berpindah ke dada orang lain. Orang yang sudi menumpanglan nervous aku tu adalah............................. Mak aku :D

Gelak keji.

Dia pulak yang terlebih. Sedangkan aku? Buat derk aje. Buat rutin harian seperti biasa. Pergi kelas komputer seperti biasa. Menguap dan menguap.  Feelingless. Meaningless. Eh.

Gelak guling-guling ala filem hindustan.

Buka FB, penuh dengan status yang menyatakan perkara sama. Buka Instagram yang berhabuk tu pun sama jugak. Wahai. Pening ah! Kang buka inbox kat phone pun cerita tu ada sekali.

Oh my jemu.

Nasib baik apabila aku melakukan lawatan ke Indah Boutique tak ada kisah pasal SPM. Yang ada hanyalah gelak ketawa yang ditahan-tahan supaya para penuntut ikhwan tak dengar gelak aku yang sukar untuk dikawal. Gelak sampai tak nampak gigi.

Kau ade? Wahahahaha

Kat hospital pun cerita yang sama! Auntie dan akak misi pun asyik tanya. Asyik tanya ni, konpem sibuk nak tahu result aku ni. Huhu tak sanggup. Mungkin aku je kot anak pesakit buah pinggang yang berusia ehem ehem 17 tahun ni. Muda kan?

Batuk.

Nanti hari Khamis, kena sedia buat muka selamba. Kalau result bagus, buat muka selamba. Result tak berapa pun kena muka selamba. Keputusan aku ni bukan hanya untuk pengetahuan Mr n Mrs saja. Tapi akan disebarkan worldwide. Tuih!

Nanges.

Antara orang-orang yang aku senaraikan menjadi orang terawal adalah seperti berikut...

1) Op kos Mr n Mrs
2) Mesin ATM sebelah rumah.
3) Isteri Guru Besar a.k.a mak sedara di Lawas.
4) Kakak kepada Mrs di Sabah.
5) Abang kepada Mr yang kerja di Klinik Kesihatan.
6) Nenek di Lawas. (sebab nenek aku cuma available waktu malam je)
7) Mak sepupu yang suka sangat nak banding result aku dengan anak dia. (Mentang-mentang aku ni sebaya dengan anak dia) -_-

Dan dari orang-orang inilah, berita tersebut akan tersebar secara meluas. Teknologi sekarang kan canggih. Menyampah tul. Nisbah 1:10 Seorang dapat sebar kepada 10. Dari sepuluh dapat sebar kepada 100 yang lain dan begitulah seterusnya.

Huhu.

Bila orang cakap, "SPM punya result dah nak out.. Nebes tak? Hehe" jawapan selamba ditembak balik kepada sang hamba Allah yang bertanya. "Ya saya tahu."

Ya saya tahu. Ya saya tahu. Ya. Tahu. Tahu. Ya. Ya. Tahu saya. Oi, dahlah tanya. Tampor kang

K aku blah dulu. Tata. Huargh mengantuk. Eh?






Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak