Posts

Showing posts from April, 2014

Sambung mana lepas ni?

Semalam sempat chat dengan sorang kawan yang dah lama tak jumpa dan tak usik dia. So aku telah dikhabarkan dengan satu berita yang mengejutkan. Dah boleh semak dapat ke tak masuk tingkatan 6. So aku pun hantar la sms kat 15888. Tak lama lepas aku hantar sms, datang pulak mesej yang berbunyi begini. TAHNIAH! NUR AININA FARHANAH BINTI HOSSNI Anda layak ke Ting. 6 2014 Jurusan KEMANUSIAANAgak terkejut dengan khabar ini then aku beritahu kat mak n bapa. 1st word yang keluar, "wah!". Lepas tu aku tertanya sendirian kembali. Form 6 pun ada jurusan ke sekarang ni? Maju maju. Dan, Jurusan Kemanusiaan tu menatang apa pulak. Kena post kat fb ni. Kan dah jadi lumrah semua benda kena update kat social media. Hehehe. Tak lama kemudian ada seorang senior lepasan SPM 2012 memberitahu, jurusan kemanusiaan ni pasal agama. Mungkin kena sambung kat SMK(A) Miri. Sudah, nak kena ambik bahasa Arab lagi ke? Bahasa Arab SPM aku kondem. Nak tambah lagi kondem ke? Terus sakit jiwa semalam. Pening. Ta…

Kerana aku seorang anak

Aku mahu jauh. Jauh dari perkara yang membelenggu. Namun aku tak mampu menjauh. Kerana tanggungjawab besar yang tergalas di bahu. Sakit yang aku rasa, hanya Allah yang mengerti. Letih yang alami, hanya pada Allah aku mengadu. Dunia ini bukan milikku. Aku tak mampu bicara. Aku hanya mampu bercerita. Pada sehelai kertas dan setitis dakwat, aku meluahkan isi hatiku melalui puisi duka. Tak siapa tahu, tak siapa mengerti. Mereka bukan lagi tempat untukku mengadu. Kerana padaku jugalah, mereka meluahkan segalanya. Manusia. Hanya tahu memperlekeh. Biarkan saja kebohongan menutupi kebenaran. Manusia. Hanya tahu memaksa. Pada ibuku, pada ayahku, anakmu ini sering terluka. Segalanya didiamkan demi kamu. Sedihnya aku, peritnya aku, kamu sedarkah? Pada kamu seharusnya aku bergantung. Sehingga aku cukup masak untuk faham dunia sebenar. Duhai ibuku, tahukah kau aku memendam rasa padamu? Duhai ayahku, tahukah kau aku terluka kerana kata-katamu? Aku tak mampu berkata apa, kerana aku seorang anak. Ini…

Terima kasih tapi....

Tak mudah untuk handle pesakit. Lagi-lagi yang ada penyakit kronik. Lain orang, lain cara penerimaannya. Ada yang bila jatuh sakit, redha dan serahkan kepada Sang Pencipta. Ada jugak manusia bila jatuh sakit, selalu salahkan takdir. Asyik nak mintak diambil nyawa. Katanya kalau dah mati tak perlu nak fikir apa-apa lagi. Kalau orang non muslim, mungkinlah dia fikir begitu. Tapi kita yang Islam ni harus tahu, alam barzakh itu ada 2 keadaan. Kalau baik amalnya di dunia, InsyaAllah baik juga di alam kubur nanti. Kalau tak, tak jugak. Sudah hampir 3 tahun aku menjalani kehidupan begini. Awal dulu, cuma biasa saja. Tak adalah teruk sangat macam sekarang. Lagipun masa tu yang sakit cuma sorang. Sekarang dah 2. Akhir-akhir ni, dia semakin tak stabil. Bukan fizikal tapi emosi. Mungkin disebabkan dari kekurangan tidur waktu malam. Kadang-kala, kalau tak cukup tidur pun boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental. Emosi pun terganggu. Hendak dijadikan kisah, seperti biasa akan ke HDU untuk ja…