Kerana aku seorang anak

Aku mahu jauh. Jauh dari perkara yang membelenggu. Namun aku tak mampu menjauh. Kerana tanggungjawab besar yang tergalas di bahu.

Sakit yang aku rasa, hanya Allah yang mengerti. Letih yang alami, hanya pada Allah aku mengadu. Dunia ini bukan milikku. Aku tak mampu bicara. Aku hanya mampu bercerita. Pada sehelai kertas dan setitis dakwat, aku meluahkan isi hatiku melalui puisi duka.

Tak siapa tahu, tak siapa mengerti. Mereka bukan lagi tempat untukku mengadu. Kerana padaku jugalah, mereka meluahkan segalanya. Manusia. Hanya tahu memperlekeh. Biarkan saja kebohongan menutupi kebenaran. Manusia. Hanya tahu memaksa.

Pada ibuku, pada ayahku, anakmu ini sering terluka. Segalanya didiamkan demi kamu. Sedihnya aku, peritnya aku, kamu sedarkah? Pada kamu seharusnya aku bergantung. Sehingga aku cukup masak untuk faham dunia sebenar.

Duhai ibuku, tahukah kau aku memendam rasa padamu? Duhai ayahku, tahukah kau aku terluka kerana kata-katamu?

Aku tak mampu berkata apa, kerana aku seorang anak. Ini ketetapan Ilahi buatku. Aku menerima ujian ini. Mudahan kalian jua sepertiku. Terima apa adanya.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian