Sambung mana lepas ni?

Semalam sempat chat dengan sorang kawan yang dah lama tak jumpa dan tak usik dia. So aku telah dikhabarkan dengan satu berita yang mengejutkan. Dah boleh semak dapat ke tak masuk tingkatan 6. So aku pun hantar la sms kat 15888. Tak lama lepas aku hantar sms, datang pulak mesej yang berbunyi begini.

TAHNIAH! NUR AININA FARHANAH BINTI HOSSNI Anda layak ke Ting. 6 2014 Jurusan KEMANUSIAAN

Agak terkejut dengan khabar ini then aku beritahu kat mak n bapa. 1st word yang keluar, "wah!". Lepas tu aku tertanya sendirian kembali. Form 6 pun ada jurusan ke sekarang ni? Maju maju. Dan, Jurusan Kemanusiaan tu menatang apa pulak. Kena post kat fb ni. Kan dah jadi lumrah semua benda kena update kat social media. Hehehe. Tak lama kemudian ada seorang senior lepasan SPM 2012 memberitahu, jurusan kemanusiaan ni pasal agama. Mungkin kena sambung kat SMK(A) Miri. Sudah, nak kena ambik bahasa Arab lagi ke? Bahasa Arab SPM aku kondem. Nak tambah lagi kondem ke? Terus sakit jiwa semalam. Pening. Tapi tidur nyenyak pulak. Eh?

Kawan yang chat dengan aku tu memang nampak terang terangan yang dia kena ambik Jurusan Agama. Lagi parah. Ekceli, bukan aku tak nak ambik agama ni, nak tapi, masalahnya adalah Inche Arab itu. Kalau takat ambik tamadun Islam ke apa ke, boleh no problemo will always okay! Paksa aku menelaah Sejarah pun aku no hal. Maut...

Aku tak cakap awal-awal yang kemungkinan aku kena ke Miri untuk masuk Tingkatan 6. Sedangkan mak dah fikir, mesti tambang bas sekolah mahal sekarang ni. Nak tak nak kena naik bas. Kalau dulu senanglah. Jalan kaki pun okey. Tu tingkat 3 sekolah boleh nampak dari rumah. Nasib betulla. Tapi okey jugak jauh ni. Melatih diri supaya tak jadi budak comel lagi. Kena latih diri jadi taff. Huhuhu.

Lagi satu, belum tahu lagi kat mana aku akan ditempatkan. Nak check kat laptop inche simcard tak jumpa-jumpa. Kena beli la gamaknya ni. Kena cakap jugak yang simcard tu dah hilang. Stress. Bawah sofa dah carik, celah-celah pun dah carik. Nak umpil sofa ni kang hancur pulak. Wargh! Tetiba jadi Hulk.

Lagi satu, wahai cik Hairainie, sila melapor diri kepada saya sebaik saja anda terlihat mesej saya ini. Bantuan dari anda amat diperlukan sekarang ini. Sekian tata!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian