Terima kasih tapi....

Tak mudah untuk handle pesakit. Lagi-lagi yang ada penyakit kronik. Lain orang, lain cara penerimaannya. Ada yang bila jatuh sakit, redha dan serahkan kepada Sang Pencipta. Ada jugak manusia bila jatuh sakit, selalu salahkan takdir. Asyik nak mintak diambil nyawa. Katanya kalau dah mati tak perlu nak fikir apa-apa lagi. Kalau orang non muslim, mungkinlah dia fikir begitu. Tapi kita yang Islam ni harus tahu, alam barzakh itu ada 2 keadaan. Kalau baik amalnya di dunia, InsyaAllah baik juga di alam kubur nanti. Kalau tak, tak jugak.

Sudah hampir 3 tahun aku menjalani kehidupan begini. Awal dulu, cuma biasa saja. Tak adalah teruk sangat macam sekarang. Lagipun masa tu yang sakit cuma sorang. Sekarang dah 2. Akhir-akhir ni, dia semakin tak stabil. Bukan fizikal tapi emosi. Mungkin disebabkan dari kekurangan tidur waktu malam. Kadang-kala, kalau tak cukup tidur pun boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental. Emosi pun terganggu.

Hendak dijadikan kisah, seperti biasa akan ke HDU untuk jalani rawatan. Dan seperti biasa juga, tempoh 2 hari itu cukup menyeksakan. Kena control segala-gala. Aku yang tengok pun kasihan. Apatah lagi yang merasa. Lagi pedih. Jadi kedatangannya pada hari ini agak beremosi sedikit kerana tidur yang tak cukup waktu malam. Cuaca pun agak panas pada siang hari.

Ketika sedang menunggu giliran untuk jalani rawatan, datanglah seorang misi. Cukuplah aku namakan dia Misi M. Misi M ini boleh dikatakan antara misi yang baik. Aku tahu niat Misi M ni baik tapi penerimaan pesakit terhadap kata-katanya agak lain. Misi M menasihati pesakitnya supaya berusaha untuk kawal pengambilan air. Mungkin dia tengok berat tu agak naik. Bukan tak biasa. Tempoh 2 hari itu panjang. Cuaca panas. Walau macam mana pun nak tahan pengambilan air, tetap tak dapat. Tak pasal-pasal dehidrasi dan mendatangkan implikasi lain. Jangan kata pesakit, orang biasa yang tak sakit pun meneguk juga. Mana mampu tahan.

Jadi disebabkan tekanan yang disifatkan agak melampau dari Misi M terhadap pesakitnya, maka pesakit pun terasa hati dan akhirnya memutuskan untuk tak nak jalani rawatan buat hari ini. Okeylah, bawakla dia balik. Yang menjadi kerisauan aku sekarang ini, takut-takut nanti dia tak nak lagi datang. Sudahlah dia simpan angan-angan, nak jalani rawatan 2 tahun je. Lepas tu dah tak nak dah. Sekarang dah tinggal 5 bulan lagi untuk tempoh 2 tahun tu. Haih risau aku.

So peringatan buat bakal-bakal misi ataupun misi-misi yang sudah berkhidmat yang juga sudi singgah di laman blog aku yang marhaen ini, sebelum berkata apa-apa, make sure pesakit anda dalam keadaan yang sesuai untuk dinasihati. Bukan apa takut dia nanti kecik hati lepas tu dah tak nak buat rawatan lagi, susah pulak. Lagi-lagi kalau ngam kena dengan patient yang jenis kepala batu dan sangat sensitif.

Sekian dahulu kisah aku yang marhaen ini. Oh terlupa.. Satu peringatan lagi, aku tak apa-apa so tak perlu risau. Ye?

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak