Posts

Showing posts from May, 2014

Alkisah Tingkatan 6

Yeah yeah cuti! Ingatkan bila form 6 ni dah ada sistem penggal, cuti pun cuma kadang-kadang aje. Tak jugak. Macam budak sekolah biasa. Whateverla. Cuti pun cutilah. Rejeki nggak usah ditolak. Hampir 3 minggu sesi tingkatan 6 ni bermula, cikgu dah dapat abiskan 1 bab dalam masa 2 minggu. Minggu ketiga adalah kuiz. Dan aku sangat benci kuiz. Jadi tujuan post pada pagi yang indah ini, untuk bercerita tentang subjek yang telah aku pilih.Subjek teras : Pengajian Am, Ekonomi, BM, MUET
Subjek elektif (Geografi/PSV) : GeografiAku ikut ranking dari bawah ke atas iaitu dari subjek yang paling bosan hingga ke subjek yang paling best.BM
Percaya atau tidak, aku sangat benci kepada subjek BM. Kali ini sangat terbalik dari yang sebelumnya. Antara faktornya ialah guru subjek seorang veteran dan juga seorang PK HEM. Bosannya dunia bila dia dah bercerita soal peraturan. Tak boleh tu, ni kena macam ni. Faktor seterusnya, subjek BM tu sendiri juga memang menjemukan aku. Sejarah asal nama Melayu. Bidang s…

L.i.f.e

Believe or not. I'm officially study in form 6. Being a schoolgirl, once again. Orang lain ramai menyombong tak mau masuk form 6. Katanya, form 6 tu leceh. Kena pakai uniform sekolah bagai. Dia tak tau. Form 6 lagi best tau. Boleh la merasa jadi seorang pegawai kerajaan yang pakai baju batik setiap hari Khamis. Hijau gituhh. Lama tak update. Sibuk sangat. Mana nak siapkan esaimen. Halo, kita tak panggil homework lagi tau. Esaimen. Oh tak paham rupanya... Assignment, understood? Wah, mentang-mentang dah belajar MUET ni. English bak hang! Lepas tu sekarang ni diberi kepercayaan untuk menjadi S/U. Satu masalah ialah, sibuk buat data student. Tengok tulisan klasmet yang kekadang aku rasa tulisan budak tadika pun lagi cantik dari tulisan seorang belia 18 tahun. Ini, sudahlah halus benar tulisannya, dibuat pulak macam tulisan berangkai, stress. Abis semua aku buat. Menyesal pulak menawarkan diri nak tolong cikgu. Takpelah. Inilah masanya untuk tunjuk skill komputer. Apa guna ambik kursu…

UPU oh UPU

Aku tak tahu apa yang dah jadi kat aku ni. Tapi postur aku duduk ni sangatlah pelik. Bayangkan korang duduk antara 2 sofa yang disusun bersebelahan. Kat situlah aku duduk. Dengan aman. Ekceli aku tengah pikir pasal UPU. Dan dalam masa yang sama tengah terkenangkan simkad yang lenyap entah ke mana. Masa ni jugaklah nak hilang. Tunggulah masa aku dah tak perlukan nanti. Hilang pun aku tak sedar langsung. Tapi memang salah sendiri pun. Suka sangat letak merata. Kadang tu boleh pulak dibiar atas katil. Tak masukkan balik dalam berukband. Walhal di situlah rumah terbaik untuk simkad. Berbalik pada topik UPU, menyesal pulak tak pergi roadshow UiTM hari tu. Kawan yang pergi dapat tawaran pra universiti. Sengaja tak nak cakap kat mak aku. Kalau aku cakap, maunya aku kena cekik sebab boleh pulak aku rilek kat umah dan tak pergi ke roadshow tu. Memang nak pergi, tapi takdo orang anta nak buek macam mano. Kalau dapat tawaran ke universiti tu oke jugak. Et lis boleh la aku berdiri sama tinggi den…