Alkisah Tingkatan 6

Yeah yeah cuti! Ingatkan bila form 6 ni dah ada sistem penggal, cuti pun cuma kadang-kadang aje. Tak jugak. Macam budak sekolah biasa. Whateverla. Cuti pun cutilah. Rejeki nggak usah ditolak.

Hampir 3 minggu sesi tingkatan 6 ni bermula, cikgu dah dapat abiskan 1 bab dalam masa 2 minggu. Minggu ketiga adalah kuiz. Dan aku sangat benci kuiz. Jadi tujuan post pada pagi yang indah ini, untuk bercerita tentang subjek yang telah aku pilih.

Subjek teras : Pengajian Am, Ekonomi, BM, MUET
Subjek elektif (Geografi/PSV) : Geografi

Aku ikut ranking dari bawah ke atas iaitu dari subjek yang paling bosan hingga ke subjek yang paling best.

BM
Percaya atau tidak, aku sangat benci kepada subjek BM. Kali ini sangat terbalik dari yang sebelumnya. Antara faktornya ialah guru subjek seorang veteran dan juga seorang PK HEM. Bosannya dunia bila dia dah bercerita soal peraturan. Tak boleh tu, ni kena macam ni. Faktor seterusnya, subjek BM tu sendiri juga memang menjemukan aku. Sejarah asal nama Melayu. Bidang sejarah asal usul nama ni memang selalu buat aku bosan. Lepas tu jumpa pulak term yang nama ntah apa-apa. Austris, Austronesia, Austrasia, Filum bla bla bla... Kadang-kadang rasa nak tukar dengan cikgu kelas sebelah yang cikgunya lebih mesra dan opkos, muda.

MUET
Yang ini, cikgu wanita yang sedang mengandung. Disebabkan bilik guru terlalu jauh serta ditambah lagi dengan kelas aku di tingkat 3 yang juga terletak di blok paling hujung dan ditambah lagi dia sedang hamil ntah berapa bulan jadi langkahnya agak lambat. Sampai kelas dah burn 15 minit. Lepas tu jalan ke meja guru then duduk. Duduk lepas tu ambik tisu, lap lap muka dan minum. 30 minit tau. Kira. Warna baju pulak tak ada beza. Tudung pun sama.

Warna baju : Blaus hitam dan skirt hitam putih, jubah hitam dan ada sedikit kaler hijau. Baru sekali aku nampak dia pakai jubah pink.

Warna tudung : Halfmoon hijau, halfmoon hitam, shawl hitam, tudung fareeda pink.

Nampak? Bosan tak baju dia? Ditambah lagi dengan aku ni yang memang bosan tengok baju dia yang dah macam takda warna lain.. Jadi pengajian MUET yang nampak best jadi kurang best.

Ekonomi
Huhu cikgu subjek ni seorang wanita cina. Bahasa melayu pun ada cacar sikit tapi masih boleh difahami dengan sempurna. Cuma teramatlah laju. Singkatan dia yang paling glamor ialah "abcdefg~" "Apabila sumber ekonomi digunakan~" stress.
Nak kata garang tak jugak. Tapi kasar sikitla. Anyway aku kena skor subjek ni. Subjek cuma 4. Kata nak 4 prinsipal kan?

Pengajian Am
Hehe ni yang aku suka. Rasa macam peguam pulak. Belajar pasal mahkamah ni. Sukanya!! Tapi aku tak tau nak story apa lagi.

Geografi
Belajar geo boleh mengembara sampai ke angkasa lepas. Tak payah naik roket. Imaginas dah cukup. Boleh ronda satu dunia. Dan opkos cikgu yang best. Walaupun cina tapi BM dia memang tip top!

Macam itulah life. Seronok jugak form 6 ni. Kawan pun ramai sampaikan ada yang nama samarannya Zizan walhal nama sebenarnya ialah Michael. Tapi bila tengok Michael ni teringat pada kawan aku dari zaman tadika dulu. Si Affendy. Dengar cerita dah nak ke poli. Tahniah.

Lagi satu, ramai jugak budak sekolah ni yang hensem tapi masalahnya lagi adik dari aku. FYI, I'm 18. Budak hensem pulak banyak yang lagi junior dari aku. Walaupun aku ni orang baru tapi aku lagi tua dari budak form lain. Takpelah, biar kita sama-sama skodeng abam hensem kelas 6AB. Haha.

Ok bye!

-kering-

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak