L.i.f.e

Believe or not. I'm officially study in form 6. Being a schoolgirl, once again. Orang lain ramai menyombong tak mau masuk form 6. Katanya, form 6 tu leceh. Kena pakai uniform sekolah bagai. Dia tak tau. Form 6 lagi best tau. Boleh la merasa jadi seorang pegawai kerajaan yang pakai baju batik setiap hari Khamis. Hijau gituhh.

Lama tak update. Sibuk sangat. Mana nak siapkan esaimen. Halo, kita tak panggil homework lagi tau. Esaimen. Oh tak paham rupanya... Assignment, understood? Wah, mentang-mentang dah belajar MUET ni. English bak hang! Lepas tu sekarang ni diberi kepercayaan untuk menjadi S/U. Satu masalah ialah, sibuk buat data student. Tengok tulisan klasmet yang kekadang aku rasa tulisan budak tadika pun lagi cantik dari tulisan seorang belia 18 tahun. Ini, sudahlah halus benar tulisannya, dibuat pulak macam tulisan berangkai, stress. Abis semua aku buat. Menyesal pulak menawarkan diri nak tolong cikgu. Takpelah. Inilah masanya untuk tunjuk skill komputer. Apa guna ambik kursus komputer kalau tak reti nak guna perisian microsoft, kan?

Serentak dengan tu jugak, aku nak ucap all the best kepada semua klasmet yang akan sambung pelajaran. Bertabur sana sini dah. Ada yang ke matrik, ada ke politeknik, IKMAS, UNIMAS, form 6 dan ada jugak yang masih dalam proses rayuan untuk ke universiti @ politeknik. Harapnya semua sibuk berusaha untuk ke menara gading, InshaAllah. Kalau sesiapa yang masih jugak tak dapat tawaran ke mana-mana, mehla masuk form 6 ni. Jangan pandang pada uniform. Pandanglah pada ilmu yang bakal disampaikan. Sama je sistem Form 6 dengan sistem poli dan matrik.

Oleh itu aku tutup post ini dengan serangkap pantun.

Pohon rendang tempat bertemu,
Girangnya hati si anak dara,
Pergilah kalian mencari ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak