UPU oh UPU

Aku tak tahu apa yang dah jadi kat aku ni. Tapi postur aku duduk ni sangatlah pelik. Bayangkan korang duduk antara 2 sofa yang disusun bersebelahan. Kat situlah aku duduk. Dengan aman.

Ekceli aku tengah pikir pasal UPU. Dan dalam masa yang sama tengah terkenangkan simkad yang lenyap entah ke mana. Masa ni jugaklah nak hilang. Tunggulah masa aku dah tak perlukan nanti. Hilang pun aku tak sedar langsung. Tapi memang salah sendiri pun. Suka sangat letak merata. Kadang tu boleh pulak dibiar atas katil. Tak masukkan balik dalam berukband. Walhal di situlah rumah terbaik untuk simkad.

Berbalik pada topik UPU, menyesal pulak tak pergi roadshow UiTM hari tu. Kawan yang pergi dapat tawaran pra universiti. Sengaja tak nak cakap kat mak aku. Kalau aku cakap, maunya aku kena cekik sebab boleh pulak aku rilek kat umah dan tak pergi ke roadshow tu. Memang nak pergi, tapi takdo orang anta nak buek macam mano. Kalau dapat tawaran ke universiti tu oke jugak. Et lis boleh la aku berdiri sama tinggi dengan anak pak cik mak cik aku yang lain. Dah pulak aku ni the only children Incik Hossni dan Puan Katinah. Siapa lagi yang nak sambung legasi kalau bukan aku. Oh plis jangan bayang legasi syarikat apa semua tu. Bukan, bukan.

Geleng kepala.

Tapi kalau tak ada jugak, kenalah memerap masuk form 6. Tapi oke jugak form 6. Kalau dapat 4P, pergh kembang kempis lubang hidung bapak aku pi pasar jumpa kaum kerabat sambil beritahu anak dia dapat 4P. Mak aku pun boleh gelak sakan sambil calling calling dengan kakak ipar dia. Macam kazen aku. Dapat 4P haritu, macam-macam ganjaran dia dapat. Bangga mak bapak dia.

Secara tak langsung, dia aku jadikan sebagai role model. Lagipun nasihatnya berguna. Isi lagi banyak dari kuah. Tak macam yang sorang tu, isinya ciput, kuahnya mau penuh satu kawah. Sepatah haram pun aku tak paham. Oh Ainina, stop anyam ketupat palas.

Tengoklah macam mana isi kandungan UPU tu nanti. Kalau oke tak apa. Kalau tak, pergi je register form 6.

Ok dah. Tata

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak