Posts

Showing posts from June, 2014

Otak aku lag!

Rasa nak nangis bila jumpa subjek BM. Dia bagi teks, n then jawab soalan. Soalan macam senang tapi bila rujuk teks, macam kena jawab guna logik akal je. Sudahnya aku letak kepala atas meja dan ambik masa untuk berfikir. Tak dapat jawapan jugak. Pegang pen. Mula karang jawapan. Okey, dah mula faham kehendak soalan. Tulis sikit. Masuk ayat kedua terus hilang idea. Lost. Dan akhirnya, bungkusan gula-gula dibuka dan isinya terus masuk mulut tanpa berfikir panjang lagi. Mungkin aku dah hilang segala kebolehan tu kot. Lepas SPM mana kisah nak belajar. Lagipun nak belajar apa. Banyak masa digunakan untuk duduk, tengok tv, buat kerja rumah sikit-sikit. Dan tentunya Facebook, Blogger, Whatsapp, Wechat dan segala macam yang lain. Lepas tu dah masuk form 6. Macam budak darjah 1. Segala benda dah lupa. Sedih giler. Akhirnya inilah jadinya. Biasa sangat memerap kat rumah. Terus otak pun tak jalan dengan betul lagi dah. Nota kaki : Inilah dia standard budak form 6. Bina blog. Bukan update status ka…

Penat

Sering bertanya kepada hati, "mengapa aku buat keputusan ni?"
Sering juga bertanya kepada akal, "mengapa dulu tak hati-hati?"  Jika dulu hati tak terburu membuat keputusan, akal juga seharusnya berhati-hati, aku tak akan merasa begini. Hampir 3 minggu aku begini. Setelah kepergian rakan baikku ke politeknik, aku tersedar mengenai risiko yang sedang aku jalani kini. Apabila mak tahu tentang rakan seperjuangan tingkatan 6 hendak melanjutkan pelajaran, satu malam itu dia langsung tak pedulikan aku kerana kecewa. Anak orang lain semua dah bertabur sana sini. Sedangkan anak tunggalnya, masih lagi tercongok di hadapan matanya. Sering mengenang nasib dan berkata "kalau kau jauh, kau dapat belajar dengan tenang. Kau di sini, kau masih kena tempias untuk jaga mak"Sebelum mak menuturkan kata-kata itu dahulu, aku tak terfikir langsung tentang aku mahu berjauhan darinya. Aku mengambil mudah mengenai 5 subjek itu. Pada aku, aku pernah mengambil 11 jenis subjek. Jadi u…

Satu persatu

Satu persatu rakan baikku pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Dan kini dia juga mahu pergi. Walhal dia pernah memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan Tingkatan 6. Aku pegang kata-katanya itu kerana aku tahu bagaimana dia. Biarpun dia seorang yang pelupa namun dia sentiasa berpegang pada kata-katanya.Aku tak mampu bergembira untukknya. Saat dia katakan dia akan pergi, air mata yang hampir aku lupakan datang semula. Walhal aku seharusnya gembira untukknya. Jujur aku katakan, aku sedih. Aku tersangat sedih. Kerana aku bergantung padanya untuk sama-sama berjaya dalam pengajian Tingkatan 6. Setiap kali aku terkenangkan semua itu, hati aku sakit. Sakit sangat. Pedih. Rakan baru yang baru sahaja hendak aku kenali hati budinya sudah mahu melangkah pergi, inikan pula rakan yang sudah aku kenali bertahun lamanya juga pergi meninggalkan aku. Aku tak dapat menerima hakikat aku bakal ditinggalkan. Mengapa tiada orang pernah mengerti. Bagaimana aku hendak memberitahu ibu dan…

Tentang Cadbury

Cokolat Cadbury. Pergh sedap. Tapi harga pun boleh tahan jugak. Aku beli kadang-kadang je. Sebab beli kadang-kadang la Kedberi tu sedap. Baru ada umph. Tambah lagi Kedberi Roast Almond, Hazel... Wow!Tapi cokolat Kedberi perisa kegemaran aku tu jugak yang ada DNA Porcine. Mak aku kata, "kan ke tu coklat kesukaan kau...  Eee patut la sedap"Tsk tsk. Sampai hati mak.Dah aku azam nak tukar coklat lain, pulak dah halal Pak Cik Kedberi tu. Pening pulak. Was was pulak nak makan Kedberi tu lagi. Jadi aku rasa baik aku ngap Kit Kat aje. Murah. Sedap memang konpom la. Yang aku hairan sekarang ni kat tv tu. Asyik nak minta penjelasan itu, penjelasan ni. Ujian kimia tu ingat senang ke nak buat. Kalau rasa pandai sangat, pi buat sendiri ujian tu. Mampu kau? Orang kita ni memang expert dalam bab menuding jari pada orang lain. Hukum dulu, pastu baru dia selidik. Kalau marah sangat, tak payah beli lagi Kedberi tu. Banyak lagi makanan lain. Payah sangat. Tak habis-habis nak salahkan orang. Hu…