Otak aku lag!

Rasa nak nangis bila jumpa subjek BM. Dia bagi teks, n then jawab soalan. Soalan macam senang tapi bila rujuk teks, macam kena jawab guna logik akal je. Sudahnya aku letak kepala atas meja dan ambik masa untuk berfikir. Tak dapat jawapan jugak. Pegang pen. Mula karang jawapan. Okey, dah mula faham kehendak soalan. Tulis sikit. Masuk ayat kedua terus hilang idea. Lost. Dan akhirnya, bungkusan gula-gula dibuka dan isinya terus masuk mulut tanpa berfikir panjang lagi.

Mungkin aku dah hilang segala kebolehan tu kot. Lepas SPM mana kisah nak belajar. Lagipun nak belajar apa. Banyak masa digunakan untuk duduk, tengok tv, buat kerja rumah sikit-sikit. Dan tentunya Facebook, Blogger, Whatsapp, Wechat dan segala macam yang lain.

Lepas tu dah masuk form 6. Macam budak darjah 1. Segala benda dah lupa. Sedih giler. Akhirnya inilah jadinya. Biasa sangat memerap kat rumah. Terus otak pun tak jalan dengan betul lagi dah.

Nota kaki : Inilah dia standard budak form 6. Bina blog. Bukan update status kat facebook, bak kata cikgu subjek P. Am

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian