Penat

Sering bertanya kepada hati, "mengapa aku buat keputusan ni?"
Sering juga bertanya kepada akal, "mengapa dulu tak hati-hati?"  Jika dulu hati tak terburu membuat keputusan, akal juga seharusnya berhati-hati, aku tak akan merasa begini.

Hampir 3 minggu aku begini. Setelah kepergian rakan baikku ke politeknik, aku tersedar mengenai risiko yang sedang aku jalani kini. Apabila mak tahu tentang rakan seperjuangan tingkatan 6 hendak melanjutkan pelajaran, satu malam itu dia langsung tak pedulikan aku kerana kecewa. Anak orang lain semua dah bertabur sana sini. Sedangkan anak tunggalnya, masih lagi tercongok di hadapan matanya. Sering mengenang nasib dan berkata "kalau kau jauh, kau dapat belajar dengan tenang. Kau di sini, kau masih kena tempias untuk jaga mak"

Sebelum mak menuturkan kata-kata itu dahulu, aku tak terfikir langsung tentang aku mahu berjauhan darinya. Aku mengambil mudah mengenai 5 subjek itu. Pada aku, aku pernah mengambil 11 jenis subjek. Jadi untuk handle 5 subjek, bukan masalah besar. Segalanya bermula setelah perkara itu. Aku ditinggalkan sendirian meneruskan pengajian Form 6 sedangkan ramai rakan aku yang lainnya berada di matrikulasi, pra U, politeknik dan madrasah. Aku? Hal ini benar-benar menyedarkan aku. Aku mula terasa betapa penatnya Form 6 apabila berhadapan dengan guru yang gila, guru yang hanya melekat pada kerusi tanpa mahu berdiri, guru yang sentiasa meminta duit. Penat! Jika hari selasa dan khamis pula, sampai di rumah pada pukul 1 tengah hari, 1.30 sudah hendak ke hospital. Aku rasa muak. Dalam keadaan letih begitu, terasa ringan mulut hendak bertanya kepada Dia, "mengapa aku ini terlalu Kau sayangi sehinggakan aku rasa terbeban dengan kasih sayangMu? Mengapa aku harus melalui cabaran ini?

Lalu kini aku berusaha bertanya sana sini, mencari peluang untuk pergi jauh dari Form 6. Aku tersangat penat. Mental dan fizikal. Sangat tertekan. Aku berusaha untuk meneruskan tetapi aku tak mampu. Segalanya kini menjadi cukup berat. Aku akan cuba sehabis baik untuk peperiksaan semester 1 nanti. Jika rezeki aku ada, aku akan pergi tinggalkan Form 6. Tapi jika tiada, maka terpaksalah aku mengutip semula semangat ku dulu yang telah aku gugurkan entah di mana. Biarlah kali ini aku meninggalkan keluarga. Asalkan aku dapat mengejar apa yang aku impikan. Aku tak sanggup lagi di sini. Aku tak mampu belajar dengan tenang. Suasana di sini sungguh membebankan. Aku hanya mampu menampal senyuman sedangkan hati aku sangat menderita dan menjerit hiba menyesali keputusan yang telah aku ambil. Lebih baik begitu. Tak sabar menunggu peluang untuk pergi.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak