Satu persatu

Satu persatu rakan baikku pergi melanjutkan pelajaran di tempat lain. Dan kini dia juga mahu pergi. Walhal dia pernah memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan Tingkatan 6. Aku pegang kata-katanya itu kerana aku tahu bagaimana dia. Biarpun dia seorang yang pelupa namun dia sentiasa berpegang pada kata-katanya.

Aku tak mampu bergembira untukknya. Saat dia katakan dia akan pergi, air mata yang hampir aku lupakan datang semula. Walhal aku seharusnya gembira untukknya. Jujur aku katakan, aku sedih. Aku tersangat sedih. Kerana aku bergantung padanya untuk sama-sama berjaya dalam pengajian Tingkatan 6.

Setiap kali aku terkenangkan semua itu, hati aku sakit. Sakit sangat. Pedih. Rakan baru yang baru sahaja hendak aku kenali hati budinya sudah mahu melangkah pergi, inikan pula rakan yang sudah aku kenali bertahun lamanya juga pergi meninggalkan aku. Aku tak dapat menerima hakikat aku bakal ditinggalkan. Mengapa tiada orang pernah mengerti.

Bagaimana aku hendak memberitahu ibu dan ayah bahawa rakan itu sudah pergi ke poli? Sedangkan kami sudah berjanji untuk pergi ke sekolah bersama-sama. Dia tipu. Tipu!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak