Tentang Cadbury

Cokolat Cadbury. Pergh sedap. Tapi harga pun boleh tahan jugak. Aku beli kadang-kadang je. Sebab beli kadang-kadang la Kedberi tu sedap. Baru ada umph. Tambah lagi Kedberi Roast Almond, Hazel... Wow!

Tapi cokolat Kedberi perisa kegemaran aku tu jugak yang ada DNA Porcine. Mak aku kata, "kan ke tu coklat kesukaan kau...  Eee patut la sedap"

Tsk tsk. Sampai hati mak.

Dah aku azam nak tukar coklat lain, pulak dah halal Pak Cik Kedberi tu. Pening pulak. Was was pulak nak makan Kedberi tu lagi. Jadi aku rasa baik aku ngap Kit Kat aje. Murah. Sedap memang konpom la.

Yang aku hairan sekarang ni kat tv tu. Asyik nak minta penjelasan itu, penjelasan ni. Ujian kimia tu ingat senang ke nak buat. Kalau rasa pandai sangat, pi buat sendiri ujian tu. Mampu kau?

Orang kita ni memang expert dalam bab menuding jari pada orang lain. Hukum dulu, pastu baru dia selidik. Kalau marah sangat, tak payah beli lagi Kedberi tu. Banyak lagi makanan lain. Payah sangat. Tak habis-habis nak salahkan orang.

Huh.

Nak suruh kedberi tu ditarik balik dari pasaran tak boleh. Sebab pelanggan dia bukan orang Islam je. Semua orang beli.

So, aku kempen kita beli keropok Tam Tam. Lagi sedap. Hihi.
Babai

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak