Kampung halamanku
Perjalanan sungguh jauh. Berliku-liku. Kereta terlambung kat sana sini. Pinggang dan bontot aku tersangat sakit. Lagi bonus kalau terlambung sampai terhantuk kat kepala. Sakitwoo. Tapi kereta Kancil yang Puan Mama dan Incik Bapa gelar sebagai TENGGILING BURUK tu berjaya sampai ke destinasi yang sepatutnya. Dah servis la katakan. Mula mula dari Bintulu ke Miri. Dah tu dari Miri pulak, baru ingat yang lupa nak tukar matawang Ringgit Malaysia kepada Ringgit Brunei. Dah satu masalah pulak nak cari masuk simpang sana, masuk sini sebab banyak yang dah tutup. Nasib baik E-Mart ada. Dan juga sekalung penghargaan kepada Uncle sebab sudi tunjukkan jalan. Almaklumlah, ini pestaim journey jauh-jauh. Lama jugak kat Miri. Kalau tak dah lama sampai ke Brunei.Selepas beberapa jam, sampailah ke Brunei. Nasib baik ada mak long dan adek sepupu yang sudi tunggu kat sempadan biarpun cuaca agak panas. Kalau nak tahu, mak long aku ni bukanlah mak long sebenar. Kakak kepada mak aku dah lama meninggal dunia.…