Balik kampung oh yeah!

Sit back. Take a deep breath. Finally, after waiting for almost 15 years, I'm gonna back to my hometown for this Eid!!! Bukan tak pernah balik kampung, cuma ketika aku pulang kampung dulu, bukan waktunya Aidilfitri. Aku balik masa musim buah tahun 2012 dulu. Sekarang ni pun buah dah banyak. Boleh lah kutip dan makan. Seronok aku bila terkenang yang tinggal berapa minggu saja lagi untuk Raya. Perasaan apabila dapat balik untuk raya ni macam nak berlari atas awan dan khabarkan kepada seluruh alam. "I'm going home!!!!" Dah ada dah prepare sikit-sikit untuk balik raya. Tapi aku ni belum ada baju raya lerrr.. Ntah bila nak buat, aku pun tak tahu.

Sebelum ini, raya bertiga je. Lepas ni ada atok, ada pak cik, mak cik, sepupu, anak buah, semua ada. Yang jauh yang dekat pun datang. Inilah raya yang aku dambakan selama ni. Bukan cuma kuih raya yang berwarna-warni, biskut yang beraneka bentuk mahupun baju raya yang lip lap. Yang aku impikan adalah Aidilfitri yang meriah dengan sanak saudara. Bolehlah aku tengok macam mana pak cik dan abang-abang saudara aku yang lain main meriam buluh. Dan juga aku boleh lah main bunga api yang sebelum ni aku cukup takut nak main.

Dan akhirnya..... Balik kampung... Wooo oooo oooh balik kampung, hati girang!!!!!!

-hati kering-


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak