Kampung halamanku

Perjalanan sungguh jauh. Berliku-liku. Kereta terlambung kat sana sini. Pinggang dan bontot aku tersangat sakit. Lagi bonus kalau terlambung sampai terhantuk kat kepala. Sakitwoo. Tapi kereta Kancil yang Puan Mama dan Incik Bapa gelar sebagai TENGGILING BURUK tu berjaya sampai ke destinasi yang sepatutnya. Dah servis la katakan. Mula mula dari Bintulu ke Miri. Dah tu dari Miri pulak, baru ingat yang lupa nak tukar matawang Ringgit Malaysia kepada Ringgit Brunei.  Dah satu masalah pulak nak cari masuk simpang sana, masuk sini sebab banyak yang dah tutup. Nasib baik E-Mart ada. Dan juga sekalung penghargaan kepada Uncle sebab sudi tunjukkan jalan. Almaklumlah, ini pestaim journey jauh-jauh. Lama jugak kat Miri. Kalau tak dah lama sampai ke Brunei.

Selepas beberapa jam, sampailah ke Brunei. Nasib baik ada mak long dan adek sepupu yang sudi tunggu kat sempadan biarpun cuaca agak panas. Kalau nak tahu, mak long aku ni bukanlah mak long sebenar. Kakak kepada mak aku dah lama meninggal dunia. Suaminya pula dah kahwin baru. Alhamdulillah, sepupu aku dalam keadaan yang baik biarpun bersama mak tiri. Dan mak long baru ni pun sangatlah baik orangnya. Jadi teori orang kata mak tiri ni jahat tak la betul sangat. Ada jugak yang baik apa.

Disebabkan perjalanan ke Lawas masih jauh, maka kami pun tumpang tidur kat rumah dialah. Ni lah part paling best. Sebab tempat tinggal dia iaitu rumah kerajaan ni sangatlah best! Ada 12 tingkat semuanya. Rumah mak long pulak kat tingkat 9. Ada lif. Kalau tak, tak mampu aku nak menapak baik. Mak aku apa lagi. Nama tempat tu Tasek Lama. Kat belakang pulak ada Taman Peranginan Tasik Lama. Tapi tak masuklah. Katanya ada air terjun. Lain kali kalau datang Brunei lagi, nak jugak tengok air terjun tu. Macam best jee. Ok, rumah kerajaan ni dulunya merupakan perkampungan atlet masa tahun 1999. Masa tu ada SEA Games kat Brunei. Jadi, bila temasya dah berakhir, so diorang bagi kat kerajaan. Macam bilik hotel wooo...  Puas hati tau!

Lepas tu kami ke Kpg Mentiri pulak. Situlah rumah mak long aku yang dah meninggal dulu. Sekarang ni, abang sepupu aku yang tinggal kat sana dengan anak isterinya. Tidur kat sana. Terus mak bapa aku KLMJ. Sejujurnya, Brunei ni sangat cantik. Sangat indah. Sepanjang jalan ada signboard yang menggalakkan sesiapa yang melafazkannya mendapat pahala. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Itulah dia. Sana sini jumpa. Lintas satu kawasan perumahan yang sangat luas. Masjid pun banyak. Besar dan cantik. Penuh dengan lampu. Betapa negara Brunei begitu menghargai agama Islam. Lintas Istana Nurul Iman. Tempat Sultan Brunei tu. Sultan Brunei ni hensem tau. Masih segak walaupun dah 68 tahun. Tak lama lagi hari keputeraan baginda tuanku. 1 Ogos 2014. Rasa nak jumpa je sultan Brunei ni.
Pagi Sabtu pukul 8, kami berlepas meninggalkan Brunei. Dari Brunei terus ke Limbang. Kali ni memang kami main terus je. Biarpun tak tahu. Hanya tawakal kepada Allah saja. Yang penting, sampai. Lepas Limbang, masuk pula ke Brunei semula. Kawasan Temburong. Lepas tu barulah sampai Lawas. Dan akhirnya, HOME SWEET HOME! Syukur alhamdulillah. Pertama kali balik kampung guna jalan darat. Tenggiling Buruk warna hijau tu memang hebat. Minyak pun tak banyak habis.

Kat Brunei, aku jumpa banyak coklat murah. So bila dapat duit dari mak long, aku belilah coklat. Kebanyakan harga dalam RB2 je. Tapi bila kira-kira semula ikut mata wang Malaysia, mahal jugak rupanya. Lantaklah. Pesta coklat la aku. Tapi tak sedar terbeli pak cik Kedberi. Dah elok makan pun. Dah bersemadi dengan aman dalam perutku yang comel.

Sekarang ni tengah spend time menghapdet blog. Sepupu aku pun tak datang lagi. Sunyi pulak aku. Tak sabar nak raya esok. Meriah tu. Dan malam ni nak tengok pak ngah main meriam buluh. Pestaim tengok ni. Harap tak ada yang putus tangan. Tetiba ingat pulak kat Mak Ngah di Bintulu. Dahlah solo. Anak saudara pulak belum datang lagi. Yang anak saudara yang sorang ni balik kampung. Hihi. Sian dia. Nantilah aku call. Ok bai.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian