"Mummy, I kena rotan!"

Cikgu Ekonomi aku hari ni singa. Nak tahu kenapa? Last 2 weeks, hari Khamis dianjurkan satu kuiz esei Ekonomi yang aku langsung tak ingin dianjurkan. Kuiz esei Ekonomi bab 1. Tapi yang seronoknya masa tu, cikgu Ekonomi tak ada. So tak adalah terasa macam ada aura singa sedang bersedia nak menerkam. I think I was really prepared for the quiz but actually, I'm not. Beria-ia aku menghafal. Sampaikan tengah sahur pun aku boleh lagi baca nota. (p/s : benda ni sebenarnya bahan dah bagi. Ada 14 jenis esei. Tapi tak tahu yang mana satu akan keluar.) Ingatkan cikgu tu dah lupa. Tapi tak mungkinlah dia akan lupa sebab buku masih ada kat dia. So just now is the judgement day. *kebanyakan student dah gelar hari ni "The Doom Day" kot. :P* Waktu Ekonomi adalah selepas rehat. Kat Bilik Cempaka sebelah library. Masa aku masuk tu, mata aku tertangkap pada satu kelibat warna brown kekuning-kuningan. Nampaknya cikgu bawa ROTAN. Tetiba teringatkan pada kuiz. Mula-mula rasa akan lulus. Tapi bila dengar kawan menceceh, "mesti aku gagal nanti". Terus confident level jatuh ke 0.

Dalam 40 orang tu, yang berjaya lulus 4/10 dan ke atas cuma boleh kira guna jari aje. Yang lain, semua kena sebat. Kalau bab-bab kena rotan ni, dulu aku memang nangis. Rotan belum sampai kat tangan, air mata aku dah keluar dulu. Tapi sekarang tak dah. Yang ada cuma nervous melampau. Gila kau nak nangis masa umur dah 18 ni. Tak malu betul! Aku hulurlah tangan kiri. Sebab efek rotan ni lain mengikut saiz. Rotan yang dia bawak ni kira-kira sebesar ibu jari. *Rasanyalah* Pap! Terus tangan kiri aku cramp seketika. Terasa ada kemutan kat tapak tangan. Tapi lagi sadis kat sorang kawan aku ni lah. Cikgu terlepas target. Sepatutnya pada bawah ibu jari. Tapi terlepas pada pergelangan tangan. Mana tak cramp tangan kawan aku tu. Nasiblah dia hulur tangan kiri. Tangan yang diguna untuk beristinjak. Kalau tangan kanan, mahunya tak dapat menulis sehari-hari. Nak marah, tak boleh. Dah salah sendiri. Terima ajelah Labu!

Tapi masalah tak berakhir takat itu aje. Cikgu tu boleh ajar student yang duduk depan aje. Kecik aje suara. Cukup-cukup 7 orang student yang duduk depan aje yang boleh dengar. Nasiblah aku duduk pada baris kedua tengah-tengah. So boleh dengar lagi ilmu senyap yang sedang dia sampaikan. Sebabnya? Orang kat belakang bercakap masa dia tengah mengajar. Tu yang merajuk. Sindir-sindir bagai. Masalahnya, yang buat hal orang kat belakang. Tu pun sebab esok 2 orang dari 3 sekawan tu dah nak ke kolej kat Selangor. Jadi hari ni lepaskan rindu dendam dulu. Esok mana ada dah. Orang belakang buat hal, orang yang duduk kat tengah pun terkena sekali. Si Bridget pun dah berair mata. Mag pun dah molah manas kata orang Sarawak. Melekat nota pun dah tak main ayu-ayu dah. Kasar jadinya.

Walaupun cikgu tengah sampaikan ilmu senyap, aku tetap buat muka selamba sebaik mungkin. Tapi dalam hati, aku rasa nak marah jugak. Sedih tau. Kita penat-penat bawak buku dia hari ni, dia tak nak ajar pulak. What ever la.

Memang banyak hal yang jadi hari ni. Tapak tangan aku pun masih mengemut lagi. Tapi, alhamdulillah. Tutorial MUET hari ni batal. Seronok gila! Okey dah. Tu je. Babai!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak