Rakanku yang jauh

Kita sama-sama berusaha mengejar impian. Cuba mendapatkan yang terbaik dalam hidup. Buat pertama kalinya, kita tidak dapat bersua untuk kali ini. Benar, kita merindui-saat bersama. Aku juga begitu. Sedih hatiku, sebak dadaku mengenangkan kita yang semakin berjauhan. Bukan mudah untuk mengekalkan ikatan ini. Lebih-lebih lagi, kita juga berkenalan dengan rakan baru. Mungkin tidak mudah untuk mengekalkannya.

Aku menulis bukan sekadar luahan rasaku sendiri. Namun aku terkenang ketika kita bersama-sama dahulu. Saat senang dan duka yang telah diikat dalam simpulan memori membuatkan aku kadang-kala tersenyum dan menangis sendiri. Bertanya kepada langit, apakah mereka baik-baik saja? Masih ingat lagikah mereka terhadapku? Atau mungkin aku telah disingkir jatuh?

Inilah kali pertama aku terasa kehilangan. Bersama kamu semua,ada sesuatu yang tersembunyi dan amat sukar untuk aku tafsirkan bagaimana perasaan itu. Namun yang pasti, kalian tetap menjadi kerinduanku.

Maafkan aku. Kali ini, aku gagal untuk menemui kalian. Ini impianku sejak dahulu. Hendak beraya di kampung halaman. Dengan ini, aku memohon ampun dan maaf tanpa huluran tangan kepada kalian. InsyaAllah, umur kita akan dipanjangkan untuk bertemu semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Sayang semua!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak