Posts

Showing posts from August, 2014

Seminggu kepergianmu

Image
Mama, semalam genap sudah seminggu mama meninggalkan kami. Mama tak usah risau, kami baik sahaja. cuma semalam saya agak rindu dan terkenang saat mama dibersihkan oleh jiran-jiran kita. Saya terkenang wajah mama. Yang tenang. Hari ini, hari Sabtu. Hari pengebumian mama. Saya juga terkenang wajah mama ketika mama dimandikan. Maaf, ketika itu saya tidak mampu membantu memandikan mama. Saya tak mahu air mata saya menitis di jasad mama. Mama pernah kata, jangan sampai air mata tertitis atas jasad orang yang sudah meninggal dunia. Nanti roh dia terseksa. Saya hanya mampu berdiri di samping kepala mama dan melihat mama dimandikan. Saat mama dikafankan, saya melihat wajah mama begitu tenang. Mama, mama tahukan mama cantik pakai tudung. Itulah kali terakhir saya melihat mama bertudung. Seandainya ketika dahulu mama mahu bertudung labuh, bukankah mama nampak lebih cantik? Walau apapun, saya berjaya mengajak mama pakai tudung setelah saya mula masuk ke kelas aliran agama. Terima kasih atas peng…

Lupakan saja hasrat itu!

5 hari setelah pemergian Mama. Rumah ini sangat sunyi. Tak seperti dulu. Mama sudah tiada. Jika kebiasaannya, kedengaran suara mama sedang membebel. Komplen itu ini. Aku rindu mendengar suaranya. Mama pergi tanpa sempat meninggalkan pesan terakhirnya buat aku. Juga tidak sempat menyatakan persetujuannya untuk aku melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Dalam POST YANG LALU, ketika itu aku benar-benar mahu ke politeknik. Tapi sayangnya kini, hasrat hati yang menggebu-gebu itu terpaksa aku lupakan buat selamanya. Bermula dari selepas pengebumian mama, aku telah menerima tentangan daripada bapa saudara dan nenek saudara. Datuk saudara yang aku panggil sebagai Nek Uda, menyatakan bahawa graduan Diploma Sains Kesetiausahaan itu hanya menerima gaji setaraf kerani. Kenyataan itu turut disokong oleh seorang lagi datuk saudara, Nek Usu. Datang pula abang kepada arwah mama, berprofesion sebagai guru besar, menentang hebat hasrat tersebut. Mati-mati melarang aku ke politeknik. Mahu aku meneruskan s…

Kau pergi jua, mama

Alhamdulillah. Selesai sudah pengebumian mak. Segala apa yang dimahukan oleh mak, alhamdulillah tercapai. Perit rasa hati. Tahun ini merupakan aidilfitrinya yang terakhir. Memang sudah aturan Tuhan. Mungkin permintaan mak didengar. Memang sudah kata-katanya, "jika lepas raya ni aku dipanggil kembali, aku terima dengan senang hati. Jika Allah nak ambil nyawa aku semasa aku masih di kampung halamanku, alhamdulillah." Sebelum ini juga, katanya dia tidak mahu hidup lebih lama seperti pesakit buah pinggang yang lain yang bergantung harap selama berpuluh tahun. Cukuplah 2 tahun. Benar katanya, sungguh hanya 2 tahun dia sempat menjalani dialisis. Kipasangin yang dibeli menggunakan duitnya sendiri, telah dipesankan kepada kami, untuk tinggalkan saja kipas tersebut di hemodialisis unit bagi kegunaan pesakit lain. Namanya masih terpatri di kipas tersebut. Moga pahala disalurkan untuknya setiap kali kipas tersebut digunakan. 23 Mei 1971-22 Ogos 2014, perginya Katinah binti Adol untuk s…

Ini yang terbaik, agaknya....

Image
Yeah. Finally. Kali ni tak salah apply lagi. Hari tu silap apply. Menyesal tak sudah. Kalau tak silap apply dulu, tak perlu la aku rekod hatrik 3 kali berturut-turut kena rotan. Sakit tau. Lagipun aku dah rasa kepenatan hidup sebagai pelajar Form 6. Sejujurnya, Form 6 akan menjadi lebih indah sekiranya Ekonomi tu tak wujud dalam silibus.


Seriously, aku terkejut apabila satu mesej datang memberitahu bahawa aku ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Politeknik. Dalam mesej tu, aku diminta untuk melayari laman web Internet untuk melihat jurusan apa yang aku dapat. Bila review balik masa aku apply rayuan Politeknik Fasa 1, aku apply ikut suka hati aku je. Pilihan 1 aku letak Diploma Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik KK. Second choice aku letak Diploma Sains Kesetiusahaan di Politeknik Mukah. Lepas je tarikh  tutup permohonan tu, aku mula berharap agar aku tak dapat pilihan 1. Either aku dapat Pilihan 2 atau tak payah dapat langsung! Sampai macam tu sekali harapan aku. Dan seka…